Bahasa Melayu - 10
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air dan
jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di
dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup,
walaupun setelah pemanasan gelombang mikro selesai; Selain
itu, jangan panaskan botol kedap udara atau dikedap vakum,
balang, bekas, kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain
atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas keluar dari
ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan
secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia telah
sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan
bekas dari ketuhar untuk mengelakkan luka terbakar yang tidak
disengajakan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas
pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya
20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka
pintunya untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap
panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara automatik
selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan
meletakkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk
menyerap gelombang mikro jika ketuhar gelombang mikro
dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di
dalam manual ini.
(Lihat memasang ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada
soket berhampiran ketuhar.
AMARAN:
Pemanasan minuman menggunakan gelombang
mikro boleh menyebabkan pendidihan letusan lewat; oleh itu
anda harus berhati-hati apabila mengendalikan bekas; Untuk
mencegah situasi ini SENTIASA beri masa biar sekurang-
kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan supaya suhu boleh
menjadi sama rata. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan
SENTIASA kacau selepas memanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN
CEMAS berikut:
• Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama
sekurang-kurangnya 10 minit.
• Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
• Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Jangan masukkan dulang atau rak ke dalam air sejurus selepas
memasak kerana ia boleh menyebabkan dulang atau rak retak
atau rosak.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng
dengan minyak yang banyak kerana suhu minyak tidak boleh
dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang panas itu mendidih
berlebihan.
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan di dalam
ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan sebarang bekas
logam, Pinggan mangkuk makan malam dengan kemasan emas
atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan
boleh merosakkan ketuhar.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkan
kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit
bagi mengelakkan pemanasan berlebihan dan menghanguskan
makanan.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 10
2014-08-21 4:20:37
Содержание MC286TATC Series
Страница 39: ...Bahasa Melayu 39 07 SPESIFIKASI TEKNIKAL MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_MS indd 39 2014 08 21 4 20 43 ...
Страница 79: ...07 技术规范 备忘录 备忘录 MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_ZH indd 39 2014 07 17 1 24 46 ...
Страница 119: ...07 TECHNICAL SPECIFICATIONS MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_EN indd 39 2014 07 17 12 50 15 ...