Bahasa Melayu - 28
panduan memasak
GELOMBANG MIKRO
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada dan diserap
oleh kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan bergerak dengan
pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran dan haba yang
dihasilkan memasak makanan.
MEMASAK
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro menembusinya
untuk kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan oleh logam, seperti keluli
tahan karat, aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh menembusi seramik, kaca, tembikar
dan plastik serta kertas dan kayu. Jadi makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas
logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro, termasuk sayur-
sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras, biji-bijian, kacang, ikan dan
daging. Sos, kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan cutni boleh juga dimasak di dalam
ketuhar gelombang mikro. Umumnya, proses memasak gelombang mikro adalah ideal
bagi sebarang makanan yang biasanya dimasak di atas dapur. Mencairkan mentega atau
coklat, contohnya (lihat bab dengan petua, cara dan panduan).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang menyejat
naik sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh ditutup dengan
berlainan cara: contohnya dengan pinggan seramik, penutup plastik atau plastik lekap
yang sesuai untuk gelombang mikro.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting untuk
membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
Panduan Memasak untuk sayur-sayuran sejuk beku
Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai. Masak bertutup untuk masa
minimum – lihat jadual. Teruskan memasak untuk mendapatkan hasil yang anda mahu.
Kacau dua kali semasa memasak dan sekali selepas memasak. Tambahkan garam,
herba atau mentega selepas memasak. Tutup semasa masa biar.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Bayam
150 g
600 W
5-6
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan
selepas membiarkannya selama 2-3 minit.
Brokoli
300 g
600 W
8-9
Arahan
Tambahkan 30 ml (2 sudu besar) air sejuk. Hidangkan
selepas membiarkannya selama 2-3 minit.
Kacang Pis
300 g
600 W
7-8
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan
selepas membiarkannya selama 2-3 minit.
Kacang Hijau
300 g
600 W
7½-8½
Arahan
Tambahkan 30 ml (2 sudu besar) air sejuk. Hidangkan
selepas membiarkannya selama 2-3 minit.
Sayur Campur
(Lobak Merah/Kacang Pis/
Jagung)
300 g
600 W
7-8
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan
selepas membiarkannya selama 2-3 minit.
Sayur-sayuran Campur
(Gaya Cina)
300 g
600 W
7½-8½
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan
selepas membiarkannya selama 2-3 minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 28
2014-08-21 4:20:42
Содержание MC286TATC Series
Страница 39: ...Bahasa Melayu 39 07 SPESIFIKASI TEKNIKAL MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_MS indd 39 2014 08 21 4 20 43 ...
Страница 79: ...07 技术规范 备忘录 备忘录 MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_ZH indd 39 2014 07 17 1 24 46 ...
Страница 119: ...07 TECHNICAL SPECIFICATIONS MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_EN indd 39 2014 07 17 12 50 15 ...