Bahasa Melayu - 32
Memanaskan Semula Makanan dan Susu Bayi
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk
memanaskan semula.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa
Makanan Bayi
(Sayur +
Daging)
190 g
600 W
30 saat.
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Masak bertutup.
Kacau selepas masa memasak. Sebelum menghidangkan, kacau rata
dan periksa suhunya dengan teliti. Hidangkan selepas membiarkannya
selama 2-3 minit.
Bubur Bayi
( Susu
+ Buah)
190 g
600 W
20 saat.
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Masak bertutup.
Kacau selepas masa memasak. Sebelum menghidangkan, kacau rata
dan periksa suhunya dengan teliti. Hidangkan selepas membiarkannya
selama 2-3 minit.
Susu Bayi
100 ml
300 W
30-40 saat.
200 ml
1 min. hingga 1 min. 10 saat.
Arahan
Kacau rata atau goncang betul-betul dan tuang ke dalam botol kaca
yang telah disteril. Letakkan di tengah-tengah pinggan putar.
Masak tanpa ditutup. Sebelum menghidangkan, goncang betul-betul
dan periksa suhunya dengan teliti. Hidangkan selepas membiarkannya
selama 2-3 minit.
MENCAIR BEKU
Gelombang mikro adalah cara yang sangat baik untuk mencair bekukan makanan sejuk beku.
Gelombang mikro mencair bekukan makanan sejuk beku dengan lembut dalam masa yang
singkat. Ini boleh merupakan satu kelebihan besar, jika tetamu yang tidak dijangka tiba-tiba
muncul.
Ayam itik sejuk beku mesti dinyahsejuk beku keseluruhannya sebelum dimasak. Tanggalkan
sebarang ikatan logam dan keluarkan ia dari sebarang bungkusan untuk mengetuskan cecair
nyahsejuk beku.
Letakkan makanan sejuk beku itu di atas bekas tanpa penutup. Balikkan separuh jalan, tuskan
sebarang cecair yang ada dan buang sebarang hati, jantung dan hempedal secepat mungkin.
Periksa makanan itu sekali-sekala untuk memastikan bahawa ia tidak terasa hangat.
Jika bahagian makanan sejuk beku yang lebih kecil dan nipis mula berasa hangat, ia boleh
dilindungi dengan membalut jaluran kerajang aluminium yang sangat kecil padanya semasa
nyahbeku.
Sekiranya ayam itik mula menghangat di permukaan luarnya, hentikan proses menyahsejuk
beku dan biarkannya selama 20 minit sebelum meneruskan.
Biarkan ikan, daging dan ayam itik untuk menyelesaikan proses mencair beku. Masa biar untuk
menyelesaikan proses mencair beku akan berubah-ubah bergantung kepada kuantiti yang
dicairbekukan. Sila rujuk kepada jadual di bawah.
Petua:
Makanan yang leper mencair beku dengan lebih baik daripada makanan
yang tebal dan kuantiti yang lebih kecil memerlukan masa yang lebih singkat
daripada kuantiti yang lebih besar. Ingat petua ini semasa menyejuk beku dan
mencair beku makanan.
Untuk mencair beku makanan sejuk beku dengan suhu sekitar -18 hingga -20 °C, gunakan
jadual yang berikut sebagai panduan.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Daging
Daging
Cincang
250 g
500 g
180 W
6-7
8-13
Stik Babi
250 g
180 W
7-8
Arahan
Letakkan daging di atas pinggan putar. Balut bahagian-bahagian tepi yang lebih
nipis dengan kerajang aluminium. Balikkan selepas separuh masa mencair beku!
Hidangkan selepas membiarkannya selama 15-30 minit.
(sambungan)
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 32
2014-08-21 4:20:42
Содержание MC286TATC Series
Страница 39: ...Bahasa Melayu 39 07 SPESIFIKASI TEKNIKAL MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_MS indd 39 2014 08 21 4 20 43 ...
Страница 79: ...07 技术规范 备忘录 备忘录 MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_ZH indd 39 2014 07 17 1 24 46 ...
Страница 119: ...07 TECHNICAL SPECIFICATIONS MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_EN indd 39 2014 07 17 12 50 15 ...