Bahasa Melayu - 24
MENGGRIL
Gril membolehkan anda memanaskan dan memerang makanan dengan cepat, tanpa
menggunakan gelombang mikro.
• Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh bekas di dalam ketuhar,
kerana ia sangat panas.
• Anda boleh mendapat hasil masakan dan menggril yang lebih baik jika anda
menggunakan rak tinggi.
1.
Buka pintu ketuhar dan letakkan makanan di atas rak.
2.
Tekan butang
Grill (Gril)
.
Hasil:
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
(mod gril)
• Anda tidak boleh melaraskan suhu gril.
3.
Pilih masa menggril dengan memutar
Dail Tombol
.
• Masa menggril yang maksimum ialah 60 minit.
4.
Tekan butang
START/+30s (MULA/+30s)
.
Hasil:
Gril bermula.
• Setelah proses memasak selesai, ketuhar akan
berbunyi bip dan mengelipkan "End" (Tamat)
4 kali. Ketuhar kemudian akan berbunyi bip
sekali setiap minit.
MEMILIH AKSESORI
Proses memasak perolakan tradisional tidak memerlukan perkakas
memasak. Anda harus, bagaimanapun, menggunakan hanya perkakas
memasak yang anda gunakan bagi ketuhar anda yang biasa.
Bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro biasanya
tidak sesuai untuk proses memasak perolakan; jangan gunakan bekas
dan pinggan plastik, cawan kertas, tuala, dll.
Jika anda ingin memilih mod memasak kombinasi (gril dan gelombang mikro), gunakan
hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro dan juga kalis ketuhar.
Untuk butiran lanjut mengenai perkakas memasak yang sesuai, rujuk kepada
Panduan Perkakas Memasak di muka surat 27.
MENGGABUNGKAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO DAN GRIL
Anda boleh juga menggabungkan proses memasak gelombang mikro dengan gril untuk
memasak dengan lebih cepat dan memerangkan pada masa yang sama.
SENTIASA gunakan perkakas memasak yang selamat digunakan dengan gelombang
mikro dan kalis ketuhar. Bekas kaca atau seramik adalah ideal kerana ia membenarkan
gelombang mikro menembusi makanan dengan sama rata.
SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh bekas di dalam ketuhar,
kerana ia akan menjadi sangat panas.
Anda boleh memperbaiki masakan dan gril, jika anda menggunakan rak tinggi.
Buka pintu. Letakkan makanan di atas rak yang lebih sesuai untuk jenis makanan yang hendak
dimasak. Letakkan bekas di atas pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1.
Tekan butang
Combi (Kombi)
.
Hasil:
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
Cb - 1
(ketuhar gelombang mikro + gril)
2.
Jadikan paparan menunjukkan Cb-1, dan kemudian tekan
butang
Select (Pilih)
.
Hasil:
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
(mod kombi gelombang mikro & gril)
600 W
(kuasa output)
3.
Pilih aras kuasa yang sesuai dengan memutar
Dail Tombol
sehingga aras kuasa yang sepadan dipaparkan (600, 450,
300 W). Pada ketika itu, tekan butang
Select (Pilih)
untuk
menetapkan aras kuasa.
• Anda tidak boleh melaraskan suhu gril.
• Jika anda tidak menetapkan suhu dalam 5 saat, ia akan bertukar
kepada peringkat penetapan masa memasak secara automatik.
4.
Pilih masa memasak dengan memutar
Dail Tombol
.
• Masa memasak yang maksimum ialah 60 minit.
5.
Tekan butang
START/+30s (MULA/+30s)
.
Hasil :
• Proses memasak kombinasi bermula.
• Setelah proses memasak selesai, ketuhar akan
berbunyi bip dan mengelipkan "End" (Tamat) 4 kali.
Ketuhar kemudian akan berbunyi bip sekali setiap minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 24
2014-08-21 4:20:41
Содержание MC286TATC Series
Страница 39: ...Bahasa Melayu 39 07 SPESIFIKASI TEKNIKAL MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_MS indd 39 2014 08 21 4 20 43 ...
Страница 79: ...07 技术规范 备忘录 备忘录 MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_ZH indd 39 2014 07 17 1 24 46 ...
Страница 119: ...07 TECHNICAL SPECIFICATIONS MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_EN indd 39 2014 07 17 12 50 15 ...