Bahasa Melayu - 9
01
MAKLUMAT KESELAMATAN
bagi meminta jurutera berkelayakan
menggantikan mentol tersebut.
AMARAN
Hanya kakitangan berkelayakan patut dibenarkan untuk
mengubahsuai atau memperbaiki alat.
Jangan panaskan cecair atau makanan lain dalam bekas yang
dikedap menggunakan fungsi gelombang mikro.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air tekanan
tinggi atau pembersih jet wap.
Jangan pasang alat ini; berdekatan pemanas, bahan mudah
terbakar, di lokasi yang lembap, berminyak dan berhabuk, di lokasi
yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan air atau di
mana kebocoran gas boleh berlaku; atau tapak yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan
dan antarabangsa.
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari
terminal-terminal palam kuasa dan titik sentuhan menggunakan
kain kering dengan kerap.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat
atas kord kuasa.
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP,
dll), alih udara dengan segera tanpa menyentuh palam kuasa.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa ia
sedang beroperasi.
Jangan masukkan jari atau benda asing. Jika sebarang benda
asing seperti air memasuki alat ini, cabut palam kuasa dan
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letakkan ketuhar ini di atas benda yang mudah pecah
seperti singki atau benda kaca.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau
pembersih tekanan tinggi untuk membersihkan alat ini.
Pastikan bahawa voltan kuasa, frekuensi dan arus adalah sama
seperti spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan
gunakan penyesuai berbilang palam, kord pemanjang atau
pengubah elektrik.
Jangan sangkutkan kord kuasa pada objek logam, masukkan
kord kuasa di antara objek atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak
atau soket dinding yang longgar. Apabila palam kuasa atau kord
kuasa rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu
ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada
permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar.
Berhati-hati semasa memanaskan masakan atau minuman yang
mengandungi alkohol kerana wap alkohol boleh terkena bahagian
ketuhar yang panas.
Jauhkan kanak-kanak daripada pintu apabila membuka atau
menutupnya kerana mereka mungkin terlanggar pintu atau
tersepit jari pada pintu.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 9
2014-08-21 4:20:36
Содержание MC286TATC Series
Страница 39: ...Bahasa Melayu 39 07 SPESIFIKASI TEKNIKAL MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_MS indd 39 2014 08 21 4 20 43 ...
Страница 79: ...07 技术规范 备忘录 备忘录 MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_ZH indd 39 2014 07 17 1 24 46 ...
Страница 119: ...07 TECHNICAL SPECIFICATIONS MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_EN indd 39 2014 07 17 12 50 15 ...