Bahasa Melayu - 27
04
PANDUAN PERKAKAS MEMASAK
panduan perkakas memasak
Untuk memasak makanan di dalam ketuhar gelombang mikro, gelombang mikro mestilah boleh
menembusi makanan, tanpa dipantulkan atau diserap oleh bekas yang digunakan. Anda haruslah
berhati-hati apabila memilih perkakas memasak. Jika perkakas memasak ditandakan sebagai
selamat untuk digunakan dengan gelombang mikro, anda tidak perlu bimbang. Jadual yang berikut
menyenaraikan pelbagai jenis perkakas memasak dan menunjukkan sama ada ia boleh digunakan
dan cara ia seharusnya digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Perkakas memasak
Selamat untuk
digunakan dengan
Gelombang Mikro
Komen
Kerajang aluminium
✓ ✗
Boleh digunakan dalam bentuk kepingan kecil
untuk melindungi bahagian-bahagian daripada
terlampau masak. Pengarkaan boleh berlaku jika
kerajang terlalu hampir dengan dinding ketuhar
atau jika terlalu banyak kerajang digunakan.
Pinggan kerak
✓
Jangan panaskan terlebih dahulu selama lebih
dari 8 minit.
Perkakas tembikar
atau tanah liat
✓
Tembikar, perkakas tanah liat yang diglis dan
tembikar "bone china" biasanya sesuai, kecuali
dihiasi dengan perapi logam.
Bekas kadbod
poliester pakai buang
✓
Sesetengah makanan sejuk beku dibungkus
dalam bekas-bekas ini.
Bungkusan makanan
segera
• Bekas cawan
polistirena
✓
Boleh digunakan untuk menghangatkan
makanan. Pemanasan yang terlampau boleh
menyebabkan polistirena cair.
• Beg kertas atau
surat khabar
✗
Boleh terbakar.
• Kertas kitar semula
atau perapi logam
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan.
Perkakas kaca
• Perkakas dari
ketuhar ke meja
✓
Boleh digunakan, kecuali dihiasi dengan perapi
logam.
Perkakas memasak
Selamat untuk
digunakan dengan
Gelombang Mikro
Komen
• Perkakas kaca
halus
✓
Boleh digunakan untuk menghangatkan
makanan atau cecair. Kaca yang halus boleh
pecah atau retak jika dipanaskan secara tiba-
tiba.
• Balang kaca
✓
Mesti tanggalkan tutupnya. Sesuai untuk
menghangatkan sahaja.
Logam
• Bekas
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan atau
kebakaran.
• Ikat pintal beg
penyejuk beku
✗
Kertas
• Pinggan, cawan,
napkin dan kertas
dapur
✓
Untuk masa memasak yang singkat dan
menghangatkan. Juga untuk menyerap
lembapan yang berlebihan.
• Kertas kitar semula
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan.
Plastik
• Bekas
✓
Terutamanya jika termoplastik tahan panas.
Sesetengah plastik lain boleh meleding atau
berubah warna pada suhu yang tinggi. Jangan
gunakan plastik Melamin.
• Plastik lekap
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan.
Tidak harus menyentuh makanan. Berhati-hati
apabila membuka plastik lekap kerana wap
panas akan keluar.
• Beg penyejuk beku
✓ ✗
Hanya jika ia boleh direbus atau kalis ketuhar.
Tidak harus kedap udara. Cucuk dengan garpu,
jika perlu.
Kertas lilin atau
kertas minyak
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan
dan mencegah percikan.
✓
: Disyorkan
✓✗
: Amaran penggunaan
✗
: Tidak Selamat
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 27
2014-08-21 4:20:42
Содержание MC286TATC Series
Страница 39: ...Bahasa Melayu 39 07 SPESIFIKASI TEKNIKAL MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_MS indd 39 2014 08 21 4 20 43 ...
Страница 79: ...07 技术规范 备忘录 备忘录 MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_ZH indd 39 2014 07 17 1 24 46 ...
Страница 119: ...07 TECHNICAL SPECIFICATIONS MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_EN indd 39 2014 07 17 12 50 15 ...