Mulakan Enjin
AMARAN
BAHAYA GAS BERACUN. Ekzos enjin mengandungi karbon monoksida, gas
beracun yang boleh membunuh anda dalam beberapa minit. Walaupun anda
tidak terbau wasap ekzos, anda masih boleh terdedah kepada gas karbon
monoksida yang berbahaya. Jika anda rasa tidak sihat, pening, atau lemah
semasa menggunakan produk ini, dapatkan udara segar SERTA-MERTA. Sila
berjumpa doktor. Anda mungkin mengalami keracunan karbon monoksida.
•
Gas karbon monoksida boleh terkumpul dalam ruang yang dihuni. Untuk
mengurangkan risiko gas karbon monoksida, HANYA kendalikan produk ini di
luar dan jauh dari tingkap, pintu dan liang udara.
•
Pasang penggera karbon monoksida kendalian bateri atau penggera karbon
monoksida pasang masuk dengan sandaran bateri sepertimana yang
dinyatakan oleh arahan pengeluar. Penggera asap tidak dapat mengesan gas
karbon monoksida.
•
JANGAN kendalikan produk ini di dalam rumah, garaj, ruang bawah tanah,
ruang rangkak, bangsal, atau ruang tertutup yang lain, walaupun jika anda
menggunakan kipas atau membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
Selepas mengendalikan produk ini, karbon monoksida boleh terkumpul dengan
cepat dalam ruang-ruang ini dan kekal selama berjam-jam.
•
SENTIASA letakkan produk ini mengikut arah angin dan halakan ekzos enjin
jauh dari ruang yang dihuni.
AMARAN
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Apabila anda memulakan enjin
•
Pastikan palam pencucuh, peredam bunyi, tukup bahan api dan pembersih
udara (jika dilengkapi) dipasang dengan betul.
•
Jangan engkol enjin dengan palam pencucuh dikeluarkan.
•
Jika enjin banjir, tetapkan pencekik (jika dilengkapi) ke posisi BUKA atau
JALANKAN. Gerakkan pendikit (jika dilengkapi) ke posisi LAJU dan engkol
sehingga enjin hidup.
•
Jika terdapat kebocoran gas asli atau LP di kawasan tersebut, jangan mulakan
enjin.
•
Memandangkan wap adalah mudah terbakar, jangan gunakan bendalir pemula
bertekanan.
AMARAN
Bahagian berputar boleh menjerut tangan, kaki, rambut, pakaian, atau aksesori
dan menyebabkan amputasi traumatik atau luka melecet.
•
Kendalikan peralatan dengan pelindung dipasang dengan betul.
•
Jauhkan tangan dan kaki daripada bahagian yang berputar.
•
Tanggalkan barang kemas dan pastikan rambut panjang berada jauh dari
semua bahagian berputar.
•
Jangan pakai pakaian longgar atau barangan yang boleh tersangkut.
AMARAN
Penarikan balik kord pemula secara pantas (tendangan balik) akan menarik
tangan dan lengan ke arah enjin lebih cepat daripada keupayaan anda untuk
melepaskannya. Akibatnya, tulang patah, keretakan, lebam, atau seliuh boleh
berlaku.
•
Untuk mengelakkan tendangan balik apabila anda memulakan enjin, tarik kord
pemula perlahan-lahan sehingga rintangan dirasai dan kemudian tarik dengan
cepat.
•
Sebelum anda memulakan enjin, putuskan sambungan atau tanggalkan semua
peralatan luar dan beban enjin.
•
Pastikan komponen peralatan ganding-terus, seperti tetapi tidak terhad kepada
bilah, pendesak, kapi, dan gegancu, dilekatkan dengan betul.
NOTA:
Peralatan anda mungkin mempunyai alat kawalan jauh. Rujuk manual peralatan
untuk lokasi dan operasi alat kawalan jauh.
1. Periksa minyak enjin. Rujuk bahagian
Periksa Aras Minyak
.
2. Pastikan alat kawalan memandu peralatan, jika dilengkapi, dilepaskan.
3. Gerakkan tuil kawalan pendikit / TransportGuard
®
(A, Rajah 18), jika dilengkapi,
ke posisi LAJU atau JALANKAN. Kendalikan enjin dalam posisi LAJU atau
JALANKAN.
4. Gerakkan kawalan pencekik (B, Rajah 18) ke posisi DITUTUP.
Pencekik selalunya tidak diperlukan semasa menghidupkan enjin panas.
5.
Mula Mandir, jika dilengkapi:
Pegang pemegang kord pemula dengan kemas
(C, Rajah 18). Tarik pemegang kord pemula dengan perlahan sehingga rintangan
dirasai, kemudian tarik dengan pantas.
AMARAN
Penarikan balik kord pemula secara pantas (tendangan balik) akan menarik
tangan dan lengan ke arah enjin lebih cepat daripada keupayaan anda untuk
melepaskannya. Akibatnya, tulang patah, keretakan, lebam, atau seliuh boleh
berlaku.
• Untuk mengelakkan tendangan balik apabila anda memulakan enjin, tarik kord
pemula perlahan-lahan sehingga rintangan dirasai dan kemudian tarik dengan
cepat.
• Sebelum anda memulakan enjin, putuskan sambungan atau tanggalkan semua
peralatan luar dan beban enjin.
• Pastikan komponen peralatan ganding-terus, seperti tetapi tidak terhad kepada
bilah, pendesak, kapi, dan gegancu, dilekatkan dengan betul.
6.
Pemulaan Elektrik, jika dilengkapi:
Pusing suis pemula elektrik (D, Rajah 18) ke
posisi MULA.
NOTIS
Untuk memanjangkan hayat pemula, gunakan kitaran pemulaan pendek (maksimum
lima saat). Tunggu satu minit antara kitaran pemulaan.
7. Semasa enjin dipanaskan, gerakkan kawalan pencekik (B, Rajah 18) ke posisi
BUKA.
Jika enjin tidak hidup selepas 2 atau 3 kali, hubungi pengedar tempatan anda atau
pergi ke vanguardpower.com atau hubungi 1-800-999-9333 (di AS).
Hentikan Enjin
AMARAN
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
•
Jangan cekik karburetor (jika dilengkapi) untuk menghentikan enjin.
Kawalan Pendikit / Transport Guard
®
:
Gerakkan kawalan pendikit / TransportGuard
®
(A, Rajah 19) ke posisi TUTUP atau BERHENTI.
NOTA:
Apabila kawalan pendikit / TransportGuard
®
(A, Rajah 19) berada pada posisi
TUTUP atau BERHENTI, injap bahan api berada pada posisi TUTUP. Sentiasa
gerakkan kawalan pendikit / TransportGuard
®
ke posisi TUTUP atau BERHENTI apabila
memindahkan peralatan.
NOTA:
Kunci (D, Rajah 19) tidak akan menghentikan enjin. Kunci HANYA boleh
menghidupkan enjin. Sentiasa keluarkan kunci (D), dan simpan di lokasi selamat yang
jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Penyelenggaraan
Maklumat Penyelenggaraan
AMARAN
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Jika unit perlu dicondongkan semasa penyelenggaraan, pastikan tangki bahan api, jika
dipasang pada enjin, adalah kosong dan bahagian palam pencucuh berada di atas.
Jika tangki bahan api tidak kosong, kebocoran boleh berlaku dan boleh menyebabkan
kebakaran atau letupan. Jika enjin dicondongkan dalam arah berbeza, ia tidak akan
dapat dihidupkan dengan mudah disebabkan pencemaran penapis udara atau palam
pencucuh oleh minyak atau bahan api.
42
Not for
Reproduction
Summary of Contents for 12V000
Page 2: ...1 2 3 4 5 6 7 2 N o t f o r R e p r o d u c t i o n...
Page 3: ...8 9 10 11 12 13 14 15 3 N o t f o r R e p r o d u c t i o n...
Page 4: ...16 17 18 19 20 21 22 23 24 4 N o t f o r R e p r o d u c t i o n...
Page 5: ...25 26 27 28 29 30 31 5 N o t f o r R e p r o d u c t i o n...
Page 69: ...69 N o t f o r R e p r o d u c t i o n...
Page 70: ...70 N o t f o r R e p r o d u c t i o n...