B. Melayu - 7
Jangan pasang ketuhar gelombang mikro dalam
persekitaran yang panas atau lembap seperti
di sebelah penyinar atau ketuhar tradisional.
Spesifikasi bekalan kuasa ketuhar mestilah dipatuhi
dan sebarang kabel sambungan yang digunakan
mestilah menggunakan piawai yang sama dengan
kabel kuasa yang dibekalkan bersama ketuhar.
Lap bahagian dalam dan pengadang pintu dengan
kain yang lembap sebelum menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda buat pertama kali.
MEMBERSIHKAN KETUHAR
GELOMBANG MIKRO ANDA
Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda
yang berikut harus dibersihkan secara tetap untuk
mencegah minyak dan remah-remah makanan daripada
terkumpul:
• Permukaan dalam dan luar
• Pintu dan kedap pintu
• Pinggan Putar dan gelang Roda
(Model jenis pinggang putar sahaja)
SENTIASA
pastikan bahawa kedap pintu bersih dan
pintu tertutup dengan betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan
yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat
peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
1.
Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut dan
air suam yang bersabun. Bilas dan keringkan.
2.
Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada
permukaan dalam ketuhar dengan kain bersabun.
Bilas dan keringkan.
3.
Untuk melonggarkan remah-remah makanan yang
telah keras dan menghilangkan bau, letakkan
secawan jus lemon yang dicampurkan dengan air di
dalam ketuhar dan panaskan selama sepuluh minit
pada kuasa maksimum.
4.
Basuh pinggan yang selamat digunakan di dalam
mesin basuh pinggan mangkuk apabila perlu.
JANGAN
tumpahkan air ke dalam lubang
pengalihudaraan.
JANGAN SEKALI-KALI
menggunakan sebarang produk yang melelaskan
atau pelarut kimia. Berhati-hati terutamanya apabila
membersihkan kedap pintu bagi memastikan tiada
serpihan yang:
• Terkumpul
• Mencegah pintu daripada tertutup dengan betul.
Bersihkan
rongga ketuhar gelombang mikro sebaik
sahaja selepas setiap kali digunakan dengan larutan
MC32F606TCT_SP_DE68-04174K-01_MA.indd 7
2013-12-16 �� 9:08:15