B. Melayu - 10
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan
di dalam ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan
sebarang bekas logam, Pinggan mangkuk makan malam
dengan kemasan emas atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau
plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh
berlaku dan boleh merosakkan ketuhar.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk
mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang
sedikit bagi mengelakkan pemanasan berlebihan dan
menghanguskan makanan.
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam
air dan jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus
dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro oleh
kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan
gelombang mikro selesai; Selain itu, jangan panaskan
botol kedap udara atau dikedap vakum, balang, bekas,
kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan
kain atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas
keluar dari ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu
panas dan dimatikan secara automatik, dan akan kekal
dimatikan sehingga ia telah sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila
mengeluarkan bekas dari ketuhar untuk mengelakkan luka
terbakar yang tidak disengajakan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau
selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-
sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk
mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila
membuka pintunya untuk mengelakkan melecur
disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia
kosong. Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara
automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan.
Kami menyarankan meletakkan segelas air di dalam
ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang
mikro jika ketuhar gelombang mikro dihidupkan secara
tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang
dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat memasang ketuhar
gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain
pada soket berhampiran ketuhar.
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
KEMUNGKINAN PENDEDAHAN PADA TENAGA
GELOMBANG MIKRO YANG MELAMPAU.
(FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan
ketuhar dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan
(selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda ke dalam lubang saling
kunci keselamatan.
(b) JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka
depan atau membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul
pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu
sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
MC32F606TCT_SP_DE68-04174K-01_MA.indd 10
2013-12-16 �� 9:08:21