B. Melayu - 17
03
KEGUNAAN KETUHAR
4.
Tekan butang
Stop/Eco (Berhenti/Ekonomi)
(
) untuk menamatkan proses cair beku.
Hasil:
Setelah proses memasak selesai,
ketuhar akan berbunyi bip dan
memancarkan "0" empat kali. Ketuhar
kemudian akan berbunyi bip sekali setiap minit.
Anda juga boleh mencairbekukan makanan secara manual. Untuk melakukan
demikian, pilih fungsi gelombang mikro dengan aras kuasa 180 W. Rujuk kepada
bahagian yang bertajuk "Mencair Beku" di halaman 33 untuk butiran lanjut.
MENGGUNAKAN PROGRAM MENCAIR BEKU PINTAR
Jadual berikut menampilkan 5 Cair Beku Pintar dengan sensor. Ia mengandungi
julat berat yang dicadangkan bagi setiap item, masa biar selepas memasak
dan cadangan-cadangan yang sesuai. Sepanjang masa memasak paparan
menunjukkan tempoh sensor. Proses memasak dikawal oleh sistem sensor untuk
kemudahan anda. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Kod Makanan
Saiz
Hidangan
(g)
Masa
Biar
(min.)
Cadangan
1
Daging
200-1500 20-90 Letakkan daging di tengah-tengah
pinggan putar. Balikkan daging
apabila ketuhar berbunyi bip. Program
ini hanya sesuai untuk daging lembu,
kambing, babi, stik, potongan daging,
daging kisar.
2
Ayam Itik
200-1500 20-90 Letakkan daging ayam itik mangkuk di
tengah-tengah pinggan putar. Balikkan
ayam itik apabila ketuhar berbunyi bip.
Program ini sesuai untuk seekor ayam
dan juga kepingan-kepingan ayam.
3
Ikan
200-1500 20-80 Letakkan ikan di tengah-tengah
pinggan putar. Balikkan ikan apabila
ketuhar berbunyi bip. Program ini
sesuai untuk seekor ikan dan juga
untuk filet ikan.
Kod Makanan
Saiz
Hidangan
(g)
Masa
Biar
(min.)
Cadangan
4
Roti
125-1000 10-60 Letakkan roti di atas sekeping tisu
dapur dan di tengah-tengah pinggan
putar. Balikkan, sebaik sahaja ketuhar
berbunyi bip. Program ini sesuai
untuk semua jenis roti, dalam bentuk
kepingan atau sebuku, serta untuk roti
rol dan baget.
5
Buah-
Buahan
100-600
5-20 Susun buah-buah dengan rata di
atas bekas kaca yang leper. Program
ini sesuai untuk semua jenis buah-
buahan.
MENGGUNAKAN CIRI MEMASAK PINTAR
Ciri
Memasak Pintar
( ) menyertakan/menyediakan masa-masa
memasak yang telah dipraprogramkan. Anda tidak perlu melaras masa
memasak atau aras kuasa.
Anda boleh melaraskan bilangan hidangan dengan memutar
tombol dail
.
SENTIASA gunakan perkakas memasak yang selamat digunakan dengan
gelombang mikro dan kalis ketuhar. Bekas kaca atau seramik adalah paling
sesuai kerana ia membolehkan gelombang mikro menembusi makanan
dengan lebih seimbang. SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila
menyentuh bekas di dalam ketuhar, kerana ia sangat panas.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu
ketuhar.
1.
Tekan butang
Masak Pintar
( ).
2.
Pilih jenis makanan yang ingin anda masak dengan
menekan butang
Masak Pintar
( )
. Rujuk kepada
jadual di halaman yang berikut bagi perihalan
pelbagai seting yang telah dipraprogramkan.
•
Tekang Butang Masak Pintar ( ) Sekali : 1. Panas Semula Automatik
•
Tekang Butang Masak Pintar ( ) Dua Kali : 2. Memasak Automatik
MC32F606TCT_SP_DE68-04174K-01_MA.indd 17
2013-12-16 �� 9:08:28