Bahasa Melayu - 20
Jadual berikut menunjukkan kuantiti dan arahan yang sesuai tentang 15 program
Masakan Sihat.
Ini terdiri daripada Bijian/Pasta (1), Sayur (2) dan Ayam Itik/Ikan (3).
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan makanan.
1. Bijian/Pasta
Kod/Makanan
Saiz Hidangan
Arahan
1-1
Beras Ceruh
150-200 g
200-250 g
Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan kuantiti berganda air sejuk.
Masak bertutup.
Kacau sebelum masa biar dan tambahkan garam
dan herba. Biarkan selama 5-10 minit.
1-2
Kuinoa
150-200 g
200-250 g
Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan kuantiti berganda air sejuk.
Masak bertutup. Kacau sebelum masa biar dan
tambahkan garam dan herba. Biarkan selama
1-3 minit.
1-3
Makaroni
100-150 g
200-250 g
Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan air mendidih 4 kali ganda,
sedikit garam dan kacau rata. Masak tanpa
ditutup. Kacau sebelum masa biar dan tuskan
betul-betul selepas itu. Biarkan selama 1-3 minit.
2. Sayur-sayuran
Kod/Makanan
Saiz Hidangan
Arahan
2-1
Kacang Hijau
200-250 g
300-350 g
Bilas dan bersihkan kacang hijau. Letakkan
ia dengan rata di dalam mangkuk kaca yang
bertutup. Tambahkan 30 ml (2 sudu besar)
air apabila memasak untuk 200-250 g, dan
tambahkan 45 ml (3 sudu besar) untuk
300-450 g. Letakkan mangkuk di tengah-tengah
pinggan putar. Masak bertutup. Kacau selepas
memasak. Biarkan selama 1-2 minit.
2-2
Bayam
100-150 g
200-250 g
Cuci dan bersihkan bayam. Letakkan di dalam
mangkuk kaca yang bertutup. Jangan tambahkan
air. Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan
putar. Masak bertutup. Kacau selepas memasak.
Biarkan selama 1-2 minit.
2-3
Kentang yang
Dikupas
300-350 g
400-450 g
500-550 g
Basuh dan kupas kentang, potong dua dan
masukkan ke dalam mangkuk kaca berpenutup.
Tambah 15-30 ml air (1-2 sudu besar). Kacau
selepas memasak. Apabila memasak kuantiti yang
lebih banyak kacau sekali semasa memasak.
Biarkan selama 3-5 minit.
2-4
Gratin Kentang
400-450 g
800-850 g
Letakkan gratin kentang segar ke dalam pinggan
pyrex kaca. Letakkan bekas di atas rak rendah.
Biarkan selama 2-3 minit.
2-5
Terung Gril
100-150 g
200-250 g
Bilas dan hiris terung. Sapukan minyak dan
rempah. Susun hirisan sama rata di atas rak
tinggi. Balikkan selepas bunyi bip kedengaran.
Tekan mula untuk meneruskan (Ketuhar akan
terus beroperasi jika anda tidak membalikkannya).
Biarkan selama 1-2 minit.
2-6
Tomato Gril
400-450 g
600-650 g
Bilas dan bersihkan tomato. Potong dua dan
letakkan di dalam bekas ketuhar. Tambahkan
keju parut di atasnya. Letakkan bekas di atas rak
tinggi. Biarkan selama 1-2 minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 20
2014-08-21 4:20:39