Bahasa Melayu - 14
AKSESORI
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa aksesori yang
boleh digunakan dengan pelbagai cara.
1. Gelang roda
, perlu diletakkan di tengah-tengah ketuhar.
Tujuan:
Gelang roda menyokong pinggan putar.
2. Pinggan putar
, perlu diletakkan pada gelang roda dengan
bahagian tengahnya terpasang pada pengganding.
Tujuan:
Pinggan putar berfungsi sebagai permukaan
memasak utama; ia boleh dikeluarkan dengan
mudah untuk dibersihkan.
3. Rak tinggi, Rak rendah,
perlu diletakkan di atas pinggan
putar.
Tujuan:
Rak-rak logam boleh digunakan untuk memasak
dua jenis masakan pada masa yang sama. Sebiji
pinggan kecil boleh diletakkan di atas pinggan
putar dan pinggan yang kedua di atas rak.
Rak-rak logam boleh digunakan dalam
proses memasak menggunakan gril,
perolakan dan proses memasak kombinasi.
JANGAN
kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang roda dan pinggan
putar.
penggunaan ketuhar
BAGAIMANA KETUHAR GELOMBANG MIKRO BERFUNGSI
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang
dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah
bentuk atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
• Mencair beku
• Memanas semula
• Memasak
Dasar memasak.
1.
Gelombang mikro yang dijana magnetron dipantulkan pada
rongga ketuhar dan diagihkan dengan seragam sementara
makanan berputar di atas pinggan putar. Dengan itu,
makanan dimasak sama rata.
2.
Gelombang mikro diserap makanan sehingga kira-kira
sedalam 1 inci (2,5 cm). Proses memasak berterusan
apabila haba dilesapkan di dalam makanan.
3.
Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas yang
digunakan dan sifat-sifat makanan:
• Kuantiti dan ketumpatan
• Kandungan air
• Suhu awal (disejukkan atau tidak)
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses
memasak masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari
ketuhar. Masa biar yang ditentukan dalam resipi dan dalam buku panduan ini
hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
• Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
• Suhu yang sama pada seluruh makanan.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 14
2014-08-21 4:20:38