Bahasa Melayu - 23
03
PENGGUNAAN KETUHAR
Jadual yang berikut menunjukkan pelbagai program
Mencair Beku Kuasa
, kuantiti dan
arahan yang sesuai. Tanggalkan semua jenis bahan pembungkusan sebelum mencair
beku. Letakkan daging, ayam itik dan ikan di atas pinggan kaca leper atau atas pinggan
seramik, susun roti, kek dan buah di atas kertas dapur.
Kod/Makanan Saiz Hidangan
Arahan
1
Daging
200-1500 g
Balut bahagian-bahagian tepi dengan kerajang
aluminium. Balikkan daging apabila ketuhar berbunyi
bip. Program ini hanya sesuai untuk daging lembu,
kambing, babi, stik, potongan daging, daging kisar.
Biarkan selama 20-90 minit.
2
Ayam Itik
200-1500 g
Balut bahagian kaki dan hujung kepak dengan
kerajang aluminium. Balikkan ayam itik apabila ketuhar
berbunyi bip. Program ini sesuai untuk seekor ayam
dan juga kepingan-kepingan ayam. Biarkan selama
20-90 minit.
3
Ikan
200-1500 g
Balut bahagian ekor ikan dengan kerajang aluminium.
Balikkan ikan apabila ketuhar berbunyi bip. Program
ini sesuai untuk seekor ikan dan juga untuk filet ikan.
Biarkan selama 20-80 minit.
4
Roti/Kek
125-1000 g
Letakkan roti secara melintang di atas sehelai kertas
dapur dan balikkan sebaik sahaja ketuhar berbunyi
bip. Letakkan kek di atas pinggan seramik dan jika
boleh, balikkan sebaik sahaja ketuhar berbunyi bip.
(Ketuhar terus beroperasi dan berhenti apabila anda
membuka pintunya.)
Program ini sesuai untuk semua jenis roti, dalam
bentuk kepingan atau sebuku, serta untuk roti rol dan
baget. Atur roti rol dalam satu bulatan. Program ini
sesuai untuk semua jenis kek ragi, biskut, kek keju
dan pastri lapis. Ia tidak sesuai untuk pastri rapuh/
kerak, kek buah dan krim dan juga untuk kek dengan
hias atas coklat. Biarkan selama 10-60 minit.
5
Buah-Buahan
100-600 g
Susun buah-buah dengan rata di atas bekas kaca
yang leper. Program ini sesuai untuk semua jenis
buah-buahan. Biarkan selama 5-20 minit.
PEROLAKAN
Mod perolakan membolehkan anda memasak dengan cara yang sama seperti
ketuhar tradisional. Mod gelombang mikro tidak digunakan. Anda boleh melaras suhu,
seperlunya, dalam julat dari 40 °C hingga 200 °C. Masa memasak yang maksimum ialah
60 minit.
• Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh bekas di dalam
ketuhar, kerana ia sangat panas.
• Anda boleh mendapat hasil masakan dan pemerangan yang lebih baik jika anda
menggunakan rak rendah.
Periksa bahawa elemen pemanas berada dalam kedudukan mendatar.
Buka pintu dan letakkan bekas si atas rak rendah dan letakkan di atas pinggan putar.
1.
Tekan butang
Convection (Perolakan)
.
Hasil:
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
(mod perolakan)
180 °C
(suhu)
2.
Tetapkan suhu dengan memutar
Dail Tombol
.
(Suhu : 40~200 °C, selang 10 °C)
• Jika anda tidak menetapkan suhu dalam 5 saat, ia akan
bertukar kepada peringkat penetapan masa memasak
secara automatik.
3.
Tekan butang
Select (Pilih)
.
4.
Pilih masa memasak dengan memutar
Dail Tombol
.
(Jika anda ingin memanaskan ketuhar terlebih dahulu,
pilih " : 0")
5.
Tekan butang
START/+30s (MULA/+30s)
.
Hasil:
Proses memasak bermula:
• Setelah proses memasak selesai, ketuhar
akan berbunyi bip dan mengelipkan
"End" (Tamat) 4 kali. Ketuhar kemudian akan
berbunyi bip sekali setiap minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 23
2014-08-21 4:20:40