Bahasa Melayu - 19
03
PENGGUNAAN KETUHAR
Perkakas & Penutup bagi masakan sensor
• Untuk mendapatkan hasil memasak yang baik dengan fungsi ini, ikut arahan bagi
memilih bekas dan penutup yang sesuai dalam carta dalam buku ini.
• Sentiasa gunakan bekas selamat gelombang mikro dan tutupnya menggunakan
penutupnya atau pembalut plastik. Apabila menggunakan pembalut plastik, lipat ke
belakang satu sudut bagi membolehkan wap keluar pada kadar yang betul.
• Sentiasa tutup dengan penutup khas bagi perkakas yang sedang digunakan. Jika
perkakas tidak mempunyai penutupnya sendiri, gunakan pembalut plastik.
• Isi bekas sekurang-kurangnya separuh penuh.
• Makanan yang perlu dikacau atau dipusingkan harus dikacau atau dipusingkan di
penghujung kitaran proses Penderia Masak, selepas masa memulakan kiraan pada
paparan.
Penting
• Selepas memasang ketuhar dan memasang palam ke alur keluar elektrik, jangan
cabut palam kord kuasa. Penderia gas memerlukan masa untuk menjadi stabil
supaya ia berfungsi sebaiknya.
• Anda tidak disyorkan menggunakan ciri memasak auto penderia semasa operasi
memasak berterusan, misalnya operasi memasak diikuti segera dengan satu lagi.
• Pasang ketuhar di tempat yang mempunyai pengalihudaraan yang baik bagi
penyejukan dan aliran udara yang betul dan bagi memastikan penderia beroperasi
dengan tepat.
• Untuk mengelakkan hasil yang kurang baik, jangan gunakan Auto penderia apabila
suhu persekitaran bilik terlalu tinggi atau terlalu rendah.
• Jangan gunakan sabun pencuci yang meruap untuk membersihkan ketuhar anda.
Gas yang terhasil daripada sabun pencuci ini boleh menjejaskan penderia.
• Elakkan daripada meletakkan ketuhar berdekatan dengan alat-alat lembapan tinggi
atau yang mengeluarkan gas, kerana ini akan mengganggu prestasi Auto Penderia
yang betul.
• Sentiasa pastikan bahagian dalam ketuhar bersih. Lap semua tumpahan dengan kain
lembap. Ketuhar ini direka khas bagi kegunaan di rumah sahaja.
MENGGUNAKAN CIRI-CIRI MEMASAK YANG MENYIHATKAN
15 ciri memasak
Masakan Sihat
menyertakan/menyediakan masa memasak yang telah
dipraprogramkan.
Anda tidak perlu melaras masa memasak atau tahap kuasa.
Anda boleh melaraskan saiz hidangan dengan memutar
Dail Tombol
.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1.
Tekan butang
Healthy Cooking (Masakan Sihat)
.
2.
Pilih kategori makanan dengan memutar
Dail Tombol
dan
tekan butang
Select (Pilih)
.
1) Bijirin/Pasta
2) Sayur-sayuran
3) Ayam/Itik/Ikan
3.
Pilih jenis makanan yang ingin anda masak dengan memutar
Dail Tombol
.
Rujuk kepada jadual di halaman yang berikut bagi perihalan
pelbagai tetapan yang telah dipraprogramkan.
Pada waktu itu, tekan butang
Select (Pilih)
untuk memilih
jenis makanan.
4.
Pilih saiz hidangan dengan memutar
Dail Tombol
.
5.
Tekan butang
START/+30s (MULA/+30s)
.
Hasil:
Makanan dimasak menurut seting praprogram
yang dipilih.
• Setelah proses memasak selesai, ketuhar
akan berbunyi bip dan mengelipkan "End"
(Tamat) 4 kali. Ketuhar kemudian akan
berbunyi bip sekali setiap minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 19
2014-08-21 4:20:39