Bahasa Melayu - 37
06
PENYELESAIAN MASALAH DAN KOD RALAT
Terdapat asap dan bau busuk semasa kali pertama mengendalikannya.
• Ia adalah keadaan sementara yang berpunca daripada pemanasan komponen baharu.
Asap dan bau akan hilang sepenuhnya selepas 10 minit dikendalikan.
Bagi menghilangkan bau dengan lebih cepat, sila kendalikan ketuhar gelombang mikro
dengan meletakkan lemon atau jus lemon di dalam kabinet.
Jika garis panduan di atas tidak dapat menyelesaikan masalah anda, hubungi pusat
khidmat pelanggan SAMSUNG setempat anda.
Sila sediakan maklumat yang berikut;
• Nombor model dan nombor siri, biasanya dicetak di bahagian belakang ketuhar.
• Butiran waranti anda
• Perihalan jelas mengenai masalah tersebut.
Kemudian hubungi wakil penjual setempat anda atau khidmat selepas jualan SAMSUNG.
KOD RALAT
Mesej "SE" ditunjukkan.
• Bersihkan kekunci dan periksa jika terdapat air pada permukaan di sekitar kekunci.
Matikan ketuhar gelombang mikro dan cuba tetapkan sekali lagi. Jika ia berlaku
sekali lagi, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SAMSUNG setempat anda.
Mesej "E-12" ditunjukkan.
• Mesej "E-12" ialah Kerosakan Sensor Gas. Ralat ini boleh berlaku kerana
kelembapan yang tinggi di dalam rongga apabila anda mengendalikan ketuhar
gelombang mikro sekali lagi sejurus selepas selesai mengendalikan ketuhar
gelombang mikro untuk memasak makanan. Dalam keadaan ini, oleh sebab terdapat
kemungkinan Sensor Gas tidak rosak, matikan ketuhar gelombang mikro dan cuba
tetapkannya sekali lagi. Jika ralat ini berlaku lagi, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan
SAMSUNG setempat anda.
Mesej "E-24" ditunjukkan.
• Sebelum ketuhar gelombang mikro menjadi terlampau panas, mesej "E-24"
akan muncul di paparan. Jika mesej "E-24" muncul, tekan kekunci Stop/Eco
(Berhenti/Eko) bagi menggunakan mod pengasalan. Selepas ketuhar menyejuk,
cuba kendalikan ketuhar. Jika mesej "E-24" muncul lagi, hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan Samsung setempat anda.
Untuk sebarang kod yang tidak disenaraikan di atas, atau jika penyelesaian yang
dicadangkan tidak menyelesaikan masalah, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan
Samsung setempat anda.
penyelesaian masalah dan kod ralat
PENYELESAIAN MASALAH
Jika anda menghadapi sebarang masalah yang disenaraikan di bawah cuba penyelesaian
yang diberikan.
Ini adalah perkara biasa.
• Pemeluwapan di dalam ketuhar.
• Aliran udara di sekeliling pintu dan bingkai luar.
• Pantulan cahaya di sekeliling pintu dan bingkai luar.
• Wap keluar dari sekeliling pintu atau bolong-bolong.
Ketuhar tidak bermula apabila anda menekan butang START/+30s (MULA/+30s).
• Adakah pintunya tertutup rapat?
Makanan tidak masak langsung.
• Sudahkah anda menetapkan pemasa dengan betul dan/atau menekan butang
START/+30s (MULA/+30s)
?
• Adakah pintunya tertutup?
• Adakah litar elektrik anda mempunyai beban yang berlebihan yang menyebabkan fius
terbakar atau menyebabkan alat pemutus terpasang?
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak.
• Adakah jangka masa memasak yang sesuai dilaraskan untuk jenis makanan itu?
• Adakah aras kuasa yang sesuai dipilih?
Mentol lampu tidak menyala.
• Mentol Lampu tidak boleh digantikan sendiri demi keselamatan anda. Sila hubungi
wakil penjagaan pelanggan Samsung sah yang berhampiran, bagi meminta jurutera
berkelayakan agar menggantikan mentol tersebut.
Ketuhar menyebabkan gangguan pada radio dan televisyen.
• Sedikit gangguan mungkin berlaku pada televisyen atau radio apabila ketuhar sedang
beroperasi. Ini adalah perkara biasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, pasang ketuhar
jauh dari televisyen, radio dan aerial.
• Jika gangguan dikesan oleh mikropemproses ketuhar, paparan boleh diset semula.
Untuk menyelesaikan masalah ini, cabut palam kuasa dan sambungkan ia semula.
Tetapkan semula masa.
Percikan bunga api dan bunyi meletup-letup berlaku di dalam ketuhar (pengarkaan).
• Adakah anda menggunakan bekas yang mempunyai perapi logam?
• Adakah anda tertinggal garpu atau perkakas logam yang lain di dalam ketuhar?
• Adakah kerajang aluminium terlalu hampir dengan dinding bahagian dalam?
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 37
2014-08-21 4:20:42