58
_ penggunaan ketuhar
GRIL
Elemen pemanas gril terletak di bawah siling rongga ketuhar. Ia beroperasi semasa
pintu ditutup dan pinggan putar berputar. Putaran pinggan putar membuatkan
makanan menjadi perang dengan lebih seragam. Memanaskan gril dahulu selama
2-3 minit akan membuat makanan menjadi perang dengan lebih cepat lagi.
Perkakas memasak untuk menggril:
Harus kalis api dan boleh termasuk logam. Jangan gunakan sebarang jenis
perkakas memasak plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai digril:
Potongan daging, sosej, stik, hamburger, hirisan bakon dan gamon, bahagian ikan
yang nipis, sandwic dan semua jenis roti bakar dengan hias atas.
KOMEN PENTING:
Harap ingat bahawa makanan hendaklah diletakkan di atas rak tinggi, kecuali
arahan lain disarankan.
GELOMBANG MIKRO + GRIL
Mod memasak ini menggabungkan haba sinaran yang datang dari gril dengan
kelajuan memasak dengan gelombang mikro.
Ia beroperasi hanya semasa pintu ditutup dan pinggan putar berputar. Disebabkan
putaran pinggan putar, makanan menjadi perang dengan rata. Lima mod
kombinasi terdapat dengan model ini:
600 W + Grill, 450 W + Grill, 300 W + Grill, 180 W + Grill dan 100 W + Grill.
Perkakas untuk memasak dengan gelombang mikro + gril
Sila gunakan perkakas memasak yang membolehkan gelombang mikro
menembusinya. Perkakas memasak harus kalis api. Jangan gunakan perkakas
logam dengan mod kombinasi. Jangan gunakan sebarang jenis perkakas
memasak plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro + gril:
Makanan yang sesuai untuk proses memasak mod kombinasi termasuk semua
jenis makanan dimasak yang perlu dipanaskan semula dan diperangkan
(contohnya pasta bakar), serta makanan yang memerlukan masa memasak
yang singkat untuk memerangkan bahagian atas makanan itu. Mod ini juga
boleh digunakan untuk bahagian-bahagian makanan yang tebal yang hendak
diperangkan dan rangupkan atasnya (contohnya kepingan ayam, membalikkan ia
separuh jalan semasa memasak). Sila rujuk kepada jadual gril untuk butiran lanjut.
KOMEN PENTING:
Setiap kali mod kombinasi (gelombang mikro + gril) digunakan, makanan
hendaklah diletakkan di atas rak tinggi, kecuali arahan lain disarankan. Sila rujuk
kepada arahan di dalam carta berikut.
Makanan mestilah dibalikkan, jika kedua-dua sisinya hendak diperangkan.
Panduan Menggril
Panaskan dahulu gril dengan fungsi gril selama 2-3 minit.
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk
menggril. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 58
2011-08-02 8:23:01