6
BAHASA INGGERIS
Tanda-tanda amaran yang serius bagi pemasangan
Pemasangan alat ini mesti dilakukan oleh seorang juruteknik khidmat
gelombang mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh pengilang. Sila
lihat bahagian “Ketuhar Gelombang Mikro anda”.
Pasang kord kuasa pada soket dinding yang betul atau lebih tinggi dan
gunakan soket bagi alat ini sahaja. Pasang palam kuasa pada soket
dinding dengan kukuh. Selain itu, jangan gunakan kord pemanjang.
- Kegagalan berbuat demikian dan berkongsi soket dinding dengan
alat-alat lain menggunakan jalur kuasa atau memanjangkan kord
kuasa boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
- Jangan gunakan transformer elektrik. Ia boleh menyebabkan kejutan
atau kebakaran.
Pemasangan alat ini mesti dilakukan oleh juruteknik atau syarikat
khidmat yang berkelayakan.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran, letupan, masalah dengan produk, atau kecederaan.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas
kaunter atau atas kaunter sahaja; ketuhar gelombang mikro ini tidak
harus diletakkan di atas kabinet.
Jangan pasang perkakas ini berdekatan pemanas, bahan mudah
terbakar. Jangan pasang perkakas ini di lokasi yang lembap, berminyak
atau berhabuk, di lokasi yang terdedah secara langsung kepada
cahaya matahari dan air (titisan hujan). Jangan pasang perkakas ini di
lokasi di mana gas berkemungkinan bocor.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan
raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Perkakas ini mesti dibumikan dengan betul. Jangan bumikan perkakas
pada paip gas, paip air plastik, atau talian telefon.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran, letupan, masalah
dengan produk.
- Jangan sekali-kali pasang kord kuasa pada soket yang tidak
dibumikan dengan betul dan pastikan bahawa ia menurut kod-kod
tempatan dan nasional.
Tanda berjaga-jaga bagi pemasangan
Alat ini harus diposisikan dengan cara yang membolehkan palam kuasa
mudah dicapai.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran disebabkan kebocoran elektrik.
Pasang alat anda di atas lantai yang rata dan keras yang boleh
menyokong berat alat ini.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan getaran luar biasa,
bunyi bising, atau masalah dengan produk.
Pasang alat dengan mengekalkan jarak yang sesuai dengan dinding.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kebakaran
disebabkan pemanasan yang berlebihan.
Ketinggian minimum ruang bebas yang diperlukan di atas permukaan
atas ketuhar.
Tanda-tanda amaran serius bagi elektrik
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari
terminal-terminal palam kuasa dan titik sentuhan menggunakan kain
kering dengan kerap.
- Cabut palam kuasa dan bersihkan ia dengan kain kering.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Pasang palam kuasa pada soket dinding mengikut arah yang betul agar
kordnya menurun ke arah lantai.
- Jika anda memasang palam kuasa pada soket mengikut arah yang
bertentangan, dawai-dawai elektrik di dalam kabel boleh menjadi
rosak dan ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
AMARAN
BERJAGA-JAGA
AMARAN
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 6
09/02/2011 18:42:04