7
BAHASA INGGERIS
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan
gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket
dinding yang longgar.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan tarik atau bengkokkan kord kuasa.
Jangan putar atau ikat kord kuasa.
Jangan sangkut kord kuasa pada objek logam, letakkan objek berat
pada kord kuasa, masukkan kord kuasa diantara objek, atau tolak kord
kuasa ke dalam ruang di belakang perkakas.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan tarik kord kuasa, apabila mencabut palam kuasa.
- Cabut palam kuasa dengan memegang palam.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Apabila alat atau kord rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Tanda berjaga-jaga bagi elektrik
Cabut palam kuasa apabila alat ini tidak digunakan bagi jangka masa
panjang atau semasa ribut petir/guruh.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Tanda-tanda amaran yang serius bagi menggunakan
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP, dll), alih
udara dengan segera tanpa menyentuh palam kuasa. Jangan sentuh
alat atau kord kuasa.
- Jangan gunakan kipas alih udara.
- Bunga api boleh menyebabkan letupan atau kebakaran.
Berhati-hati bagi memastikan pintu, pemanas atau sebarang bahagian
lain tidak menyentuh tubuh semasa memasak atau selepas memasak.
- Ini boleh menyebabkan luka terbakar.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar tidak
menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
Semasa memindah elemen pemanas, pastikan untuk menggunakan
peralatan yang direka untuk mengalih elemen pemanas sementara
memakai sarung tangan keselamatan yang dibekalkan bersama produk,
dan lihat jika suhu jatuh secukupnya (sekurang-kurangnya 10 minit selepas
pemanggang atau operasi memasak kombinasi) selepas operasi.
SENTIASA gunakan sarung tangan semasa mengeluarkan hidangan
dari ketuhar untuk mengelakkan terbakar secara tidak sengaja.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya.
Sebab :
Udara atau wap panas yang dilepaskan boleh melecurkan kulit.
Pemanasan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
menyebabkan pendidihan letusan lewat; oleh itu anda harus berhati-hati
apabila mengendalikan bekas; Untuk mencegah situasi ini SENTIASA
beri masa biar sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan
supaya suhu boleh menjadi sama rata. Kacau semasa memanaskan,
jika perlu, dan SENTIASA kacau selepas memanaskan. Sekiranya kulit
anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS berikut:
- Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-
kurangnya 10 minit.
- Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
- Jangan bubuh sebarang krim, minyak atau losen.
- Hubungi seorang doctor
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tida bermain
dengan alat ini.
Telur di dalam kulitnya dan telur yang telah keras setelah direbus harus
tidak dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh
meletup walaupun selepas pemanasan selesai.
AMARAN:
Kandungan botol susu dan bekas makanan bayi harus
dikacau atau digoncang dan suhu diperiksa sebelum dimakan, bagi
mengelakkan terbakar.
BERJAGA-JAGA
AMARAN
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 7
09/02/2011 18:42:04