Melayu
Melayu
44
45
Langkah peringatan
Bagi mengurangkan risiko kejutan elektrik, kecederaan,
kebakaran, kehilangan nyawa dan kerosakan kepada
peralatan atau harta benda, sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan berikut.
Penjelasan simbol
Simbol-simbol berikut digunakan untuk mengklasifikasi dan
menerangkan tahap bahaya, kecederaan dan kerosakan
harta benda yang disebabkan apabila denotasi diabaikan
dan penggunaan yang salah dilakukan.
AMARAN
Menandakan potensi bahaya yang
boleh mengakibatkan kecederaan
serius atau kematian.
PERINGATAN
Menandakan bahaya yang boleh
mengakibatkan kecederaan kecil
atau kerosakan barang kepunyaan
anda.
Simbol-simbol berikut digunakan untuk mengklasifikasi dan
menerangkan jenis arahan yang perlu dipatuhi.
Simbol ini digunakan untuk mengingatkan
pengguna terhadap prosedur pengendalian tertentu
yang tidak boleh dilakukan.
Simbol ini digunakan untuk mengingatkan
pengguna terhadap prosedur pengendalian tertentu
yang mesti diikuti supaya dapat mengendalikan unit
ini dengan selamat.
AMARAN
Jangan gunakan seterika apabila palam kuasa
atau kord kuasa rosak atau panas.
Jangan sekali-kali menggunakan produk
sekiranya palam kuasa dipasang longgar di
dalam salur keluar rumah.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kejutan
elektrik atau kebakaran disebabkan oleh litar
pintas.
Jangan meninggalkan produk tanpa
pengawasan semasa ia bersambung dengan
soket alur keluar.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kebakaran.
Jangan sambung atau memutuskan sambungan
palam kuasa ke salur keluar rumah atau tapak
kuasa dengan tangan basah.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kejutan
elektrik atau kecederaan.
Jangan rosakkan, mengubah suai, membengkok,
menarik, atau memintal kord kuasa.
Jangan letakkan apa-apa yang berat di atas atau
memicit kord kuasa.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kejutan elektrik
atau kebakaran disebabkan oleh litar pintas.
Jangan biarkan kord kuasa menyentuh
permukaan panas seterika.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kejutan
elektrik atau kecederaan.
AMARAN
Jangan gunakan kord kuasa yang diikat.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kejutan
elektrik atau kebakaran disebabkan oleh litar
pintas.
Jangan gunakan produk dengan tangan basah.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kejutan
elektrik atau kebakaran disebabkan oleh litar
pintas.
Jangan sekali-kali mengubah suai,
menanggalkan, atau membaiki sendiri produk.
- Melakukannya boleh menyebabkan nyalaan atau
kecederaan disebabkan oleh pengendalian luar
biasa. Hubungi ejen servis yang sah untuk kerja
baik pulih.
Jangan gunakan berhampiran bahan mudah
terbakar (seperti benzin atau sejenisnya).
- Melakukannya boleh mengakibatkan letupan atau
kebakaran.
Jangan balut kord kuasa di sekeliling produk
untuk penyimpanan.
- Melakukannya boleh menyebabkan kerosakan
kepada wayar kord kuasa dan boleh
menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran
disebabkan oleh litar pintas.
Jangan rendam produk dalam air atau cecair lain.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kelecuran,
kejutan elektrik atau kebakaran disebabkan oleh
litar pintas.
Seterika ini tidak boleh digunakan jika ia telah
jatuh dan terdapat tanda atau kerosakan yang
boleh dilihat atau ianya mengalami kebocoran.
- Rujuk servis kepada kakitangan servis yang sah.
Jangan guna dalam cara yang melebihi
pengadaran salur keluar di rumah atau
pendawaian.
- Melebihi pengadaran dengan menyambungkan
terlalu banyak palam ke satu salur keluar di rumah
boleh menyebabkan kebakaran disebabkan
pemanasan lampau.
Sentiasa pastikan produk ini dikendalikan pada
sumber kuasa elektrik yang dipadankan dengan
voltan terkadar yang ditunjukkan pada produk.
Masukkan palam kuasa sepenuhnya.
- Kegagalan untuk melakukannya boleh
mengakibatkan kecederaan, kejutan elektrik atau
kebakaran.
Cuci palam kuasa dengan kerap bagi mencegah
habuk daripada terkumpul.
•
Cabut palam dan lap dengan kain kering.
Gunakan soket salur keluar rumah secara
tunggal dan jangan gunakan kord penyambung.
- Kegagalan untuk melakukannya boleh
mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Produk ini mesti menggunakan salur keluar
elektrik dengan sambungan bumi.
- Kegagalan untuk melakukannya boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
NI-GT500 series-03 MY.indd 4
2021/8/20 14:38:18