![Noxxa BM325SC Instruction Manual Download Page 11](http://html1.mh-extra.com/html/noxxa/bm325sc/bm325sc_instruction-manual_1713726011.webp)
11
FUNGSI PEMBAKAR ROTI
Fungsi
TOAST
(Pembakar Roti) mempunyai program untuk membakar 4 atau 2 keping roti. Fungsi
ini boleh juga digunakan untuk perangkan warna makanan (Top Brown). Contohnya: Jika sesuatu
resipi memerlukan bahagian atas makanan dibakar menjadi warna keperangan, anda boleh
menggunakan fungsi
TOAST
.
n
MEMPROGRAM PEMBAKAR ROTI
1. Letakkan penutup penggaul di atas mekanisme penggaul. Pasangkan plag ke sesalur dinding.
2. Tekan butang
TOAST
sekali, program 4 keping akan dipaparkan. Jika ditekan lagi, program 2
keping akan dipilih.
3. Pusing tombol untuk memilih warna roti bakar yang dikehendaki dengan menambah atau
mengurangkan tanda warna. Seting asal sederhana ditunjukkan pada skrin paparan. Tambah
tanda warna untuk seting gelap dan kurangkan tanda warna untuk seting cerah.
4. Tekan butang
START
. Ketuhar akan memulakan proses membakar. Tiga sengkang dan satu
kolon berkelip akan muncul pada skrin paparan. Sebaik ketuhar menentukan masa yang
diperlukan untuk membakar roti pada tahap keperangan yang dipilih, sengkang akan berubah
menjadi minit dan/atau saat dan mula
count down
.
5. Kondensasi mungkin akan timbun pada bahagian dalam pintu kaca, tetapi ia akan terwap
semasa proses membakar. Purata masa program pertama adalah dari 4 - 8 1/2 minit,
bergantung kepada warna yang dipilih. Disebabkan ruang ketuhar sudah dipanaskan, purata
masa program kedua dan selebihnya akan mengambil masa 2 - 6 minit bergantung kepada
warna yang dipilih.
6. Unit akan berbunyi bip 3 kali apabila fungsi
TOAST
telah TAMAT.
7. Tanggalkan plag dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dibersihkan.
PERHATIAN: Jika anda ingin meneruskan program ini sebaik sahaja program pertama selesai,
program kedua dan semua program tambahan akan mengambil masa yang lebih singkat kerana
ruang ketuhar masih lagi panas. Tiada pelarasan kawalan warna diperlukan untuk membakar pada
warna yang sama. Pelarasan warna hanya diperlukan sekiranya anda ingin menukar warna kerak roti
yang lebih cerah atau lebih gelap.
TIP UNTUK MEMBAKAR ROTI
•
Guna seting 4 KEPING untuk membakar 3 atau 4 keping roti. Gunakan seting 2 KEPING untuk
membakar 1 atau 2 keping roti.
•
Ikuti arahan pembakar makanan.
•
Roti yang disejukbeku dan berat memerlukan seting yang lebih gelap (contohnya, bagel dan
mafin Inggeris).
•
Buangkan serbuk roti setiap kali selepas digunakan.
n
MEMPROGRAM TOP BROWN
Untuk memberi warna keperangan pada bahagian atas makanan, ikuti arahan membakar di atas
tetapi letakkan makanan di atas dulang pembakar.
TIP UNTUK TOP BROWN
• Top Brown boleh digunakan untuk memberi warna keperangan pada bagel, mafin lnggeris atau
untuk mencairkan keju di atas sandwic atau kaserol.
FUNGSI
PROGRAM
TANDA WARNA
Summary of Contents for BM325SC
Page 1: ...1 KETUHAR PEMBUAT ROTI Model no BM325SC Manual...
Page 13: ...13 n SPESIFIKASI PROGRAM...
Page 25: ...25 n SENARAI SEMAKAN UNTUK ROTI DAN DOH...
Page 27: ...27 BREADMAKER OVEN TOASTER Model no BM325SC INSTRUCTION MANUAL...
Page 53: ...53 BM325SC...
Page 54: ...54 NOXXA NOXXA...
Page 55: ...55 56 57 57 58 59 61 62 62 63 63 64 65 66 72 75 76 77 78 79...
Page 56: ...56 23 STOP Noxxa...
Page 57: ...57 23 250 C PREHEAT 20 Noxxa 60 NOXXA 4 4 4 2 3...
Page 58: ...58 n 1 2 3 4 1 5 2 6 3 4 7 8 7 5 6 8...
Page 60: ...60 n 2 2 1 2 3 FRONT q 3 2 1...
Page 62: ...62 START 5 10 10 STOP n DEFROST 75 C 1 3 n KEEP WARM 75 C...
Page 65: ...65 n...
Page 68: ...68 B 10 2...
Page 69: ...69 80 F 27 C 15 jelly roll...
Page 70: ...70 80 F 27 C 5...
Page 72: ...72 n 1 3 FRONT q 2 4...
Page 73: ...73 START SWEET 2 58 mixing 06 cake 1 11 5 7 BREAD 6 8 10 BREAD START...
Page 75: ...75 30 30...
Page 76: ...76 n 13 1 2 3 4 5 6 7...
Page 77: ...77 n...
Page 78: ...78 n...