46
ARAHAN KESELAMATAN
SILA BACA ARAHAN BERIKUT DENGAN TELITI SEBELUM PENGGUNAAN KALI
PERTAMA DAN SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT.
- Produk ini telah direka untuk kegunaan di rumah sahaja. Bagi sebarang penggunaan
komersial, penggunaan yang tidak sesuai atau penggunaan yang tidak mematuhi arahan,
pengilang tidak akan bertanggungjawab dan jaminan tidak akan diberikan.
- Untuk keselamatan anda, perkakas ini mematuhi piawaian dan peraturan-peraturan yang
sepatutnya (Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetik, Arahan Alam Sekitar, seperti
yang berkenaan...).
- Produk anda merupakan perkakas elektrik: perkakas ini mesti digunakan dalam keadaan
penggunaan normal.
- Selalu plagkan perkakas ke dalam:
- Satu pemasangan elektrik dengan voltan antara 220V dan 240V.
- Soket bumi. Jika anda menggunakan kabel sambungan, pastikan bahawa kabel
sambungan tersebut dibumikan (16A), dan dihulurkan dengan sepenuhnya.
- Menyambung perkakas kepada voltan yang salah boleh menyebabkan kerosakan kepada
perkakas dan akan membatalkan jaminan anda.
- Semasa menggunakan perkakas, anda mesti memberi perhatian kepada pelepasan wap.
Untuk mengurangkan risiko terkena air panas yang memancut daripada bolong stim,
periksa perkakas setiap kali sebelum digunakan dengan memegangnya jauh daripada
badan dan dengan menggunakan butang stim.
- Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, jangan rendamkan perkakas dalam air atau
cecair lain.
- Perkakas sentiasa hendaklah ditutup dengan menekan butang (OFF) sebelum memasang
atau mencabut plag dari soket. Jangan sekali-kali tarik kabel untuk memutuskan
sambungan daripada soket, tetapi tarik dan cabut plag untuk memutuskannya.
- Jangan biarkan kabel menyentuh permukaan panas. Biarkan perkakas menyejuk dengan
sepenuhnya sebelum disimpan. Gulungkan kabel di sekitar perkakas semasa disimpan.
- Jangan halakan stim pada orang atau haiwan, atau menggunakan alat stim ke atas
pakaian yang sedang dipakai oleh orang.
- Sentiasa cabutkan perkakas daripada soket elektrik apabila mengisi dengan air, semasa
dikosongkan, semasa pembersihan atau apabila disimpan.
- Sekiranya kabel kuasa atau hos stim rosak, bahagian-bahagian tersebut mesti digantikan
oleh pusat perkhidmatan yang diluluskan oleh TEFAL untuk mengelakkan risiko bahaya
atau kecederaan. Jangan membuka atau cuba membaiki perkakas.
- Perkakas ini tidak sepatutnya digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) dengan
keadaan fizikal, deria atau keadaan mental yang kurang, atau yang kurang
berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali jika mereka diawasi atau diberi arahan
mengenai penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
- Kanak-kanak patut diawasi supaya mereka tidak bermain dengan perkakas.
- Luka bakar mungkin boleh terjadi jika mereka tersentuh logam panas, air panas atau wap
air. Berhati-hati semasa mengkosongkan perkakas stim, mungkin terdapat air panas di
dalam tangki atau di dalam perkakas.
- Isikan air sahaja ke dalam tangki air dan tanggalkan tangki air hanya apabila sudah
kosong.
- Jangan masukkan sebarang objek ke dalam bukaan atau hos perkakas.
- Sentiasa pastikan hos dan muncung berada di atas tangki air.
- Stimkan pakaian dengan menggerakkan alat stim ke atas dan ke bawah secara menegak.
Jangan menggunakan alat stim dalam kedudukan mendatar atau terbalik, ini boleh
1800132060 IS6200 M2-D2_110X154 31/01/14 12:18 Page46
Содержание IS6200
Страница 1: ...1800132060 03 14 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page1 ...
Страница 2: ...FR EN PT EL AR IR TH ZH MS www tefal com IS6200 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page2 ...
Страница 6: ...1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page6 ...
Страница 41: ...35 FR EN PT EL AR IR TH ZH ML 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page35 ...
Страница 42: ...36 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page36 ...
Страница 43: ...37 FR EN PT EL AR IR TH ZH ML 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page37 ...
Страница 44: ...38 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page38 ...
Страница 45: ...39 FR EN PT EL AR IR TH ZH ML 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page39 ...
Страница 58: ...52 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page52 ...
Страница 59: ...53 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page53 ...
Страница 60: ...54 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page54 ...
Страница 61: ...55 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page55 ...
Страница 62: ...56 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page56 ...