
27
MALA
Y
MEMBERSIHKAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO ANDA
Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda yang berikut harus
dibersihkan secara tetap untuk mencegah minyak dan remah-remah makanan
daripada terkumpul:
• Permukaan dalam dan luar
• Pintu dan kedap pintu
• Pinggan putar dan Gelang roda
SENTIASA
pastikan bahawa kedap pintu bersih dan pintu tertutup
dengan betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan
situasi yang berbahaya.
1.
Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut dan air suam yang
bersabun. Bilas dan keringkan.
2.
Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada permukaan dalam
atau pada gelang roda dengan kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3.
Untuk melonggarkan remah-remah makanan yang telah keras dan
menghilangkan bau, letakkan secawan jus lemon yang dicampurkan
dengan air di atas pinggan putar dan panaskan selama sepuluh minit
pada kuasa maksimum.
4.
Basuh pinggan yang selamat digunakan di dalam mesin basuh
pinggan mangkuk apabila perlu.
JANGAN
tumpahkan air ke dalam lubang pengalihudaraan. JANGAN
SEKALI-KALI menggunakan sebarang produk yang melelaskan atau
pelarut kimia. Berhati-hati terutamanya apabila membersihkan kedap
pintu bagi memastikan tiada serpihan yang:
• Terkumpul
• Mencegah pintu daripada tertutup dengan betul.
Bersihkan
rongga ketuhar gelombang mikro sebaik sahaja selepas
setiap kali digunakan dengan larutan bahan cuci yang tidak begitu
kuat, tetapi biarkan ketuhar gelombang mikro sejuk dahulu sebelum
membersihkannya untuk mengelakkan kecederaan.
MENYIMPAN DAN MEMBAIKI KETUHAR GELOMBANG
MIKRO ANDA
Beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah harus diambil apabila menyimpan
atau membaiki ketuhar gelombang mikro anda.
Ketuhar tidak boleh digunakan jika pintu atau kedap pintunya rosak:
• Engsel pecah
• Kedap semakin merosot prestasinya
• Bingkai ketuhar herot atau bengkok
Hanya juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan sahaja yang
boleh melakukan pembaikan.
JANGAN SEKALI-KALI
menanggalkan bingkai luar dari ketuhar. Jika
ketuhar rosak dan perlu dibaiki atau anda berasa ragu-ragu tentang
keadaannya:
• Cabut palamnya dari soket dinding
• Hubungi pusat perkhidmatan selepas jualan yang terdekat
Jika anda ingin menyimpan ketuhar anda buat sementara waktu,
pilihlah tempat yang kering dan tidak berhabuk.
Sebabnya :
Habuk dan keadaan yang lembap boleh merosakkan
bahagian-bahagian yang berfungsi di dalam ketuhar.
Ketuhar gelombang mikro ini bukan untuk kegunaan komersil.
GE83K-1_XSP_DE68-04283C-00_MS.indd 27
10/29/2015 12:59:25 PM
Содержание GE83K
Страница 30: ...30 MALAY MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_MS indd 30 10 29 2015 12 59 25 PM ...
Страница 31: ...31 MALAY MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_MS indd 31 10 29 2015 12 59 25 PM ...
Страница 62: ...30 简体中文 备忘录 备忘录 GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_ZH indd 30 10 29 2015 12 55 49 PM ...
Страница 63: ...31 简体中文 备忘录 备忘录 GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_ZH indd 31 10 29 2015 12 55 49 PM ...
Страница 94: ...30 ENGLISH MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_EN indd 30 10 29 2015 12 58 14 PM ...
Страница 95: ...31 ENGLISH MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_EN indd 31 10 29 2015 12 58 14 PM ...