
15
MALA
Y
MENGGUNAKAN CIRI MENCAIR BEKU KUASA AUTOMATIK
Ciri mencair beku kuasa Automatik membolehkan anda mencairbekukan
daging, ayam itik, ikan dan roti/kek. Masa mencair beku dan aras kuasa
dilaraskan secara automatik.
Anda hanya pilih program dan berat makanan.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Mula-mula, letakkan makanan sejuk beku di tengah-tengah pinggan putar dan
tutup pintu ketuhar.
1.
Pilih jenis makanan yang ingin anda masak dengan
menekan butang
Power Defrost (Mencair Beku
Kuasa)
(
) sekali atau beberapa kali. (Rujuk
kepada jadual di muka surat yang bertentangan
untuk butiran lanjut)
2.
Pilih berat makanan tersebut dengan menekan butang
kg
dan
100g
. Maksimum berat yang boleh ialah
1500 g.
3.
Tekan butang
Start (Mula)
(
).
Hasil :
• Proses mencair beku bermula.
• Ketuhar berbunyi bip separuh jalan
semasa mencair beku untuk mengingatkan anda supaya
membalikkan makanan itu.
• Tekan butang
Start (Mula)
(
) sekali lagi untuk
menyelesaikan proses mencair beku.
Anda juga boleh mencairbekukan makanan secara manual. Untuk
melakukan demikian, pilih fungsi memasak/memanas semula gelombang
mikro dengan aras kuasa 180 W. Rujuk kepada bahagian yang bertajuk
"Memasak/Memanas semula di halaman 13 untuk butiran lanjut.
SETING MENCAIR BEKU KUASA AUTOMATIK
Jadual yang berikut menunjukkan pelbagai program Mencair Beku Kuasa
Automatik, kuantiti, masa biar (standing times) dan cadangan yang sesuai.
Keluarkan semua jenis bahan pembungkusan sebelum mencair beku. Letakkan
daging, ayam itik, ikan dan roti/kek di atas pinggan seramik.
Kod/
Makanan
Bahagian
Masa biar
Cadangan
1. Daging
200-1500 g 20-60 min. Balut bahagian-bahagian tepi dengan kerajang
aluminium. Balikkan daging apabila ketuhar
berbunyi bip. Program ini sesuai untuk daging
lembu, kambing, babi, stik, potongan daging,
daging kisar.
2. Ayam
Itik
200-1500 g 20-60 min. Balut bahagian kaki dan hujung kepak dengan
kerajang aluminium. Balikkan ayam itik apabila
ketuhar berbunyi bip. Program ini sesuai untuk
seekor ayam dan bahagian-bahagian ayam.
3. Ikan
200-1500 g 20-50 min. Balut bahagian ekor ikan dengan kerajang
aluminium. Balikkan ikan apabila ketuhar
berbunyi bip. Program ini sesuai untuk seekor
ikan dan filet ikan.
4. Roti/
Kek
125-625 g
5-20 min. Letakkan roti di atas sehelai kertas dapur dan
balikkan sebaik sahaja ketuhar berbunyi bip.
Letakkan kek di atas pinggan seramik dan jika
boleh, balikkan sebaik sahaja ketuhar berbunyi
bip. (Ketuhar terus beroperasi dan berhenti
apabila anda membuka pintunya. Program ini
sesuai untuk semua jenis roti, dalam bentuk
kepingan atau sebuku, serta untuk roti rol
dan baget. Atur roti rol dalam satu bulatan.
Program ini sesuai untuk semua jenis kek ragi,
biskut, kek keju dan pastri lapis. Ia tidak sesuai
untuk pastri rapuh/kerak, kek buah dan krim
dan juga untuk kek dengan hias atas coklat.
Pilih fungsi Mencair Beku Manual dengan aras kuasa 180 W jika anda
mahu mencair beku makanan secara manual. Untuk butiran lanjut
tentang mencair beku manual dan masa mencair beku, rujuk halaman
23.
GE83K-1_XSP_DE68-04283C-00_MS.indd 15
10/29/2015 12:59:22 PM
Содержание GE83K
Страница 30: ...30 MALAY MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_MS indd 30 10 29 2015 12 59 25 PM ...
Страница 31: ...31 MALAY MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_MS indd 31 10 29 2015 12 59 25 PM ...
Страница 62: ...30 简体中文 备忘录 备忘录 GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_ZH indd 30 10 29 2015 12 55 49 PM ...
Страница 63: ...31 简体中文 备忘录 备忘录 GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_ZH indd 31 10 29 2015 12 55 49 PM ...
Страница 94: ...30 ENGLISH MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_EN indd 30 10 29 2015 12 58 14 PM ...
Страница 95: ...31 ENGLISH MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_EN indd 31 10 29 2015 12 58 14 PM ...