7
Bahasa Mela
yu
MS-MY
Catatan
•
Bunyi keliling bergantung kepada faktor seperti
bentuk dan saiz bilik, jenis dinding dan siling, tingkap
dan permukaan pemantul, dan akustik pembesar
suara. Buat ujian dengan kedudukan pembesar suara
untuk mendapatkan tetapan optimum untuk anda.
Ikuti garis panduan umum ini untuk penempatan
pembesar suara.
1
Kedudukan tempat duduk:
Ini adalah pusat kawasan anda mendengar.
2
FRONT CENTER
pembesar suara (hadapan
tengah):
Tempatkan pembesar suara tengah betul-
betul di hadapan kedudukan tempat duduk,
sama ada di atas atau di bawah TV anda.
3
FRONT LEFT
pembesar suara (hadapan kiri)
dan
FRONT RIGHT
(hadapan kanan):
Tempatkan pembesar suara di kiri dan
kanan di bahagian hadapan, dan pada jarak
yang sama daripada pembesar suara tengah.
Pastikan pembesar suara kiri, kanan dan
tengah berada pada jarak yang sama daripada
tempat duduk anda.
4
REAR LEFT
pembesar suara (belakang kiri)
dan
REAR RIGHT
(belakang kanan):
Tempatkan pembesar suara belakang di
sebelah kiri dan kanan kedudukan tempat
duduk anda, sama ada sebaris dengannya atau
agak ke belakang sedikit.
5
SUBWOOFER
(subwufer):
Tempatkan subwufer sekurang-kurangnya satu
meter di sebelah kiri atau kanan TV. Tinggalkan
ruang lebih kurang 10 sentimeter dari dinding.
Sambung kepada TV
Sambung teater rumah anda kepada TV untuk
menonton video. Anda boleh mendengar audio TV
menerusi pembesar suara teater rumah anda.
Gunakan sambungan kualiti terbaik yang tersedia
pada teater rumah dan TV anda.
Pilihan 1: Sambung ke TV melalui HDMI
(ARC)
Video dengan kualiti terbaik
Teater rumah anda menyokong HDMI versi 1.4
- Saluran Kembali Audio (Audio Return Channel -
ARC). Jika TV anda patuh HDMI ARC, anda boleh
mendengar audio TV menerusi teater rumah anda
menggunakan satu kabel HDMI sahaja.
1
Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan Tinggi,
sambung penyambung
HDMI OUT (ARC)
pada teater rumah anda kepada penyambung
HDMI ARC
pada TV.
•
Penyambung
HDMI ARC
pada TV
mungkin dilabel dengan cara berbeza.
Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
2
Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-CEC.
Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
•
Jika anda tidak dapat mendengar audio
TV melalui teater rumah anda, Buat
persediaan audio secara manual (lihat
'Sediakan audio' di halaman 10 ) .
Pilihan 2: Sambungkan ke TV menerusi
HDMI standard
Video dengan kualiti terbaik
Jika TV anda tidak patuh HDMI ARC, sambungkan
teater rumah anda kepada TV melalui sambungan
HDMI standard.
1
Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan Tinggi,
sambung penyambung
HDMI OUT (ARC)
pada teater rumah anda kepada penyambung
HDMI
pada TV.
2
Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda (lihat
'Sambungkan audio daripada TV dan peranti
lain' di halaman 8 ) .
3
Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-CEC.
Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
TV
Содержание HTS3562
Страница 1: ...HTS3562 HTS3582 Register your product and get support at www philips com welcome ...
Страница 2: ......
Страница 61: ...Language Code ...
Страница 62: ... 2012 Koninklijke Philips Electronics N V All rights reserved sgpjp_1211 98_MKII_v1 ...