3
Bahasa Mela
yu
MS-MY
•
Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan
kemas, berhenti menggunakan produk ini.
Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan
hubungi pengeluar.
Jagaan produk anda
•
Jangan letakkan sebarang objek selain
daripada cakera ke dalam petak cakera.
•
Jangan masukkan cakera yang meleding atau
merekah ke dalam petak cakera.
•
Keluarkan cakera daripada petak cakera
jika anda tidak menggunakan produk untuk
tempoh masa yang lama.
•
Hanya gunakan kain mikrogentian untuk
membersihkan produk.
Jagaan alam sekitar
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan
menggunakan bahan dan komponen yang berkualiti
tinggi, yang boleh dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah ini
dilekatkan pada sesuatu produk, ia bermakna
produk tersebut diliputi oleh Arahan Eropah
2002/96/EC. Sila pastikan diri anda termaklum
mengenai sistem kutipan berasingan setempat bagi
produk elektrik dan elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat anda
dan jangan buang produk lama anda dengan sisa
rumah anda yang biasa.
Cara membuang produk lama anda yang betul
akan membantu mencegah potensi akibat negatif
terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi
oleh Arahan Eropah 2006/66/EC, yang tidak boleh
dilupuskan bersama sisa rumah yang biasa.
Sila pastikan diri anda termaklum mengenai peraturan
setempat berkenaan kutipan berasingan bateri kerana
pelupusan yang betul membantu mencegah akibat
yang negatif kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.
Amaran kesihatan bagi 3D
Jika anda atau keluarga anda mempunyai sejarah
mengalami epilepsi atau sawan fotosensitif,
jumpalah doktor sebelum mendedahkan diri anda
kepada sumber cahaya berkelip, jujukan imej deras
atau tontonan 3D.
Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti pening,
sakit kepala atau disorientasi, kami mengesyorkan
agar anda tidak menonton 3D dalam tempoh
masa yang panjang. Jika anda mengalami sebarang
ketidakselesaan, hentikan menonton 3D dan jangan
dengan serta merta melakukan perkara yang
mungkin berbahaya (seperti memandu kereta)
sehingga gejala telah hilang. Jika gejala berterusan,
jangan teruskan menonton 3D tanpa merujuk
kepada doktor terlebih dahulu.
Ibu bapa hendaklah mengawasi anak mereka ketika
menonton 3D dan memastikan mereka tidak
mengalami ketidakselesaan seperti yang disebutkan
di atas. Tontonan 3D tidak disyorkan bagi kanak-
kanak di bawah umur enam tahun kerana sistem
penglihatan mereka masih belum lagi berkembang
dengan sempurna.
Bantuan dan sokongan
Philips menyediakan sokongan dalam talian yang
meluas. Lawati laman web kami di www.philips.
com/support untuk:
•
memuat turun manual pengguna lengkap
•
mencetak panduan permulaan pantas
•
menonton tutorial video (tersedia hanya
untuk model terpilih)
•
mencari jawapan untuk soalan lazim (FAQ)
•
menghantar soalan kepada kami melalui e-mel
•
berbual dengan wakil sokongan kami.
Ikuti arahan pada laman web ini untuk memilih bahasa
anda, lalu masukkan nombor model produk anda.
Di samping itu, anda juga boleh menghubungi Pusat
Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Sebelum
anda menghubungi Philips, catatkan nombor
model dan nombor siri produk anda. Anda boleh
menemui maklumat ini di bahagian belakang atau
bawah produk anda.
Содержание HTS3562
Страница 1: ...HTS3562 HTS3582 Register your product and get support at www philips com welcome ...
Страница 2: ......
Страница 61: ...Language Code ...
Страница 62: ... 2012 Koninklijke Philips Electronics N V All rights reserved sgpjp_1211 98_MKII_v1 ...