44
45
Penjagaan Ketuhar Gelombang Mikro
Nota:
Ketuhar perlu dibersihkan dengan kerap dan sebarang sisa makanan dibuang. Kegaagalan
mengekalkan ketuhar dalam keadaan bersih boleh merosakkan permukaan serta memberi
kesan kepada hayat perkakas dan menyebabkan situasi berbahaya.
SEBELUM MEMBERSIH:
Tanggalkan palam pada soket ketuhar. Jika tidak
boleh, biarkan pintu ketuhar terbuka untuk mencegah
ketuhar daripada dihidupkan secara tidak sengaja.
SELEPAS MEMBERSIH:
Pastikan untuk meletakkan semula Gelung
Pengguling dan Dulang Kaca dalam kedudukan yang
betul dan tekan Pad Berhenti/Tetap Semula untuk
mengosongkan Tetingkap Paparan.
Di dalam ketuhar:
Lap dengan kain lembap. Sedikit
pencuci boleh digunakan jika
ketuhar sangat kotor. Penggunaan
pencuci yang kuat atau menghakis
tidak digalakkan.
Pintu Ketuhar:
Lap dengan kain lembut apabila
wap berkumpul di dalam atau di
sekitar bahagian luar pintu ketuhar.
Ini boleh berlaku apabila ketuhar
beroperasi di bawah keadaan
berkelembapan tinggi dan tiada cara
menunjukkan ketidakfungsian unit
atau kebocoran gelombang mikro.
Gelung Pengguling dan lantai
rongga ketuhar:
Kesat permukaan bawah ketuhar
dengan sedikit air pencuci atau
pembersih tingkap dan keringkan.
Gelung Pengguling boleh dicuci
dalam air sedikit bersabun atau
mesin pencuci pinggan. Kawasan-
kawasan ini hendaklah bersih bagi
mengelakkan bunyi bising.
Dulang Kaca:
Alihkan dan cuci dalam air sabun
yang suam atau di dalam mesin
pencuci pinggan.
Jika minyak berkumpul,
bersihkan dengan pad menyental
campuran nilon dan pembersih
tidak menghakis.
Permukaan luar ketuhar
dan aliran udara di
belakang.
Bersihkan dengan kain
lembap.
Bagi mengelakkan kerosakan
pada bahagian berfungsi di
dalam ketuhar, air tidak boleh
memasuki bukaan
pengudaraan.
Panel Kawalan:
• Boleh ditutup dengan filem
pelindung yang boleh
ditanggalkan untuk
mencegah calar semasa
penghantaran. Buih kecil
mungkin ada di bawah filem
ini. Apabila ini berlaku,
tanggalkan filem tersebut
dengan berhati-hati.
(Petua - gunakan pita
pelekat pada sudut terdedah
dan tarik perlahan-lahan
untuk menanggalkannya.)
• Jika menjadi basah,
bersihkan dengan kain
kering yang lembut. Jangan
gunakan pencuci yang kuat
pada Panel Kawalan.