![Noxxa BM325SC Скачать руководство пользователя страница 15](http://html1.mh-extra.com/html/noxxa/bm325sc/bm325sc_instruction-manual_1713726015.webp)
15
•
Carta Sukatan / Penukaran
1 1/2 sudu teh = 1/2 Sudu Besar
8 Sudu Besar = 1/2 cawan
3 sudu teh = 1 Sudu Besar
12 Sudu Besar = 3/4 cawan
1/2 Sudu Besar = 1 1/2 sudu teh
16 Sudu Besar = 1 cawan
2 Sudu Besar = 1/8 cawan
3/8 cawan = 1/4 cawan + 2 Sudu Besar
4 Sudu Besar = 1/4 cawan
5/8 cawan = 1/2 cawan + 2 Sudu Besar
5 Sudu Besar + 1 sudu teh = 1/3 cawan
7/8 cawan = 3/4 cawan + 2 Sudu Besar
•
Bebola Doh :
Penting Untuk Roti Yang Berjaya
Kami mendapati amaun cecair yang dinyatakan di dalam sesuatu resipi mungkin perlu
dilaraskan sedikit kerana iklim dan musim yang berlainan boleh menghasilkan pelbagai paras
kelembapan. Anda mungkin mahu memeriksa bebola doh pada separuh masa progam pengulian.
Pada masa ini, bebola hendaklah berbentuk bulat, bertekstur Iicin, lembut dan melekit sedikit
apabila disentuh. Jika ia tidak membentuk bebola dan lebih seperti beter, tambahkan 1 sudu besar
tepung pada satu-satu masa sehingga mencapai konsistensi yang betul. Sebaliknya, jika campuran
itu terlampau kering untuk membentuk bebola atau membentuk lebih daripada satu bebola,
tambahkan 1 sudu teh air dan biarkan ia diserap.Tambah air lagi jika perlu. Asalkan anda sudah
menggunakan kesemua ramuan yang ditetapkan di dalam resipi, menyukat ramuan dengan betul,
dan mempunyai bebola doh yang “bagus”, anda seharusnya berjaya mendapatkan roti yang baik.
•
Yis :
Ramuan Nombor Satu untuk Roti Yis dan Doh
Kami menggunakan Yis Kering Aktif semasa menyediakan semua resipi roti. Namun, yis
segera boleh juga digunakan. Kami mendapati pelarasan amaun yis tidak diperlukan apabila kami
menggantikan satu dengan yang lain. 1 bungkus 1/4 auns Yis Kering Aktif mengandungi lebih
kurang 21/4 sudu teh yis. Apabila yis terdedah kepada oksigen, kelembapan atau kehangatan,
aktivitinya akan rosak. Oleh itu, kami syorkan supaya yis dimasukkan ke dalam bekas kedap udara
dan disimpan di dalam peti sejuk atau disejukbekukan. Sukat amaun yang diperlukan dan biarkan
pada suhu bilik sebelum menggunakannya - ini mengambil masa kira-kira 15 minit.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai aktiviti yis, anda boleh mencuba salah
satu ujian berikut untuk menentukan keaktifannya. Setiap ujian memerlukan amaun yis yang
berlainan sebagai ramuan asas. Ini memberikan anda lebih banyak pilihan roti apabila ujian ini
selesai.
Untuk menguji satu bungkus (11/4 sudu teh) Yis CEPAT NAIK atau Yis Kering Aktif, gunakan
cawan penyukat cecair dan isikan air bersuhu 110°F/27°C - 115°F/46°C sehingga ke paras 1/2
cawan. Masukkan 1 sudu teh gula pasir dan 1 bungkus ( 21/4 sudu teh ) Yis Kering Aktif atau Yis
CEPAT NAIK dan kacau. Biarkan sudu pengacau berada di dalam cawan itu. Set pemasa untuk
10 minit. Apabila yis menyerap cecair, ia akan mula aktif dan naik ke atas permukaan. Sekiranya
selepas 10 minit yis berganda sehingga ke tanda 1 cawan, ia sangatlah aktif. Campuran yis ini
boleh digunakan dalam Pembuat Roti Noxxa menggunakan resipi yang memerlukan 2 1/4 sudu
teh yis. Ingatlah supaya melaraskan resipi untuk 1/2 cawan air dan 21/4 sudu teh yis yang digunakan
dalam ujian. Amaun gula tidak perlu dilaraskan.
Untuk menguji 11/2 sudu teh Yis Kering Aktif atau Yis CEPAT NAIK, gunakan cawan penyukat
cecair dan isikan air bersuhu 110°F/27°C sehingga ke paras 1/4 cawan. Masukkan 1 sudu teh gula
pasir dan 11/2 sudu teh Yis Kering Aktif atau Yis CEPAT NAIK dan kacau. Biarkan sudu pengacau
berada di dalam cawan itu. Set pemasa untuk 10 minit. Apabila yis menyerap cecair, ia akan
mula aktif dan naik ke atas permukaan. Sekiranya selepas 10 minit yis berganda sehingga ke
tanda 1/2 cawan, ia sangatlah aktif. Campuran yis ini boleh digunakan dalam Pembuat Roti
Noxxa
menggunakan resipi yang memerlukan 11/2 sudu teh yis. Ingatlah supaya melaraskan resipi untuk 1/4
cawan air dan 11/2 sudu teh yis yang digunakan di dalam ujian. Amaun gula tidak perlu dilaraskan.
Содержание BM325SC
Страница 1: ...1 KETUHAR PEMBUAT ROTI Model no BM325SC Manual...
Страница 13: ...13 n SPESIFIKASI PROGRAM...
Страница 25: ...25 n SENARAI SEMAKAN UNTUK ROTI DAN DOH...
Страница 27: ...27 BREADMAKER OVEN TOASTER Model no BM325SC INSTRUCTION MANUAL...
Страница 53: ...53 BM325SC...
Страница 54: ...54 NOXXA NOXXA...
Страница 55: ...55 56 57 57 58 59 61 62 62 63 63 64 65 66 72 75 76 77 78 79...
Страница 56: ...56 23 STOP Noxxa...
Страница 57: ...57 23 250 C PREHEAT 20 Noxxa 60 NOXXA 4 4 4 2 3...
Страница 58: ...58 n 1 2 3 4 1 5 2 6 3 4 7 8 7 5 6 8...
Страница 60: ...60 n 2 2 1 2 3 FRONT q 3 2 1...
Страница 62: ...62 START 5 10 10 STOP n DEFROST 75 C 1 3 n KEEP WARM 75 C...
Страница 63: ...63 TOAST 4 2 TOP BROWN TOAST n TOAST 1 2 TOAST 4 2 3 4 START 5 4 8 2 6 6 7 4 3 4 2 1 2 n TOP BROWN...
Страница 65: ...65 n...
Страница 68: ...68 B 10 2...
Страница 69: ...69 80 F 27 C 15 jelly roll...
Страница 70: ...70 80 F 27 C 5...
Страница 71: ...71 BASIC LIGHT 11 2 3 2 4 1 4 2 3 000 1 4 TBSP 1 8 1 4 tsp 1 3 TBSP 6 000 6 500 1 TBSP 1 4 tsp 2 TBSP 6 4...
Страница 72: ...72 n 1 3 FRONT q 2 4...
Страница 73: ...73 START SWEET 2 58 mixing 06 cake 1 11 5 7 BREAD 6 8 10 BREAD START...
Страница 74: ...74 STOP WARM 9 20 10 START 4 10 13 9 00pm 6 30am 9 30 9 00pm 6 30am 9 30 1 10 2 START PREHEAT 9 29 START...
Страница 75: ...75 30 30...
Страница 76: ...76 n 13 1 2 3 4 5 6 7...
Страница 77: ...77 n...
Страница 78: ...78 n...