pemegang periuk supaya tidak mengunjur keluar ke zon
memasak lain yang sedang beroperasi. Jauhkan pemegang
periuk daripada dicapai oleh kanak-kanak.
Gagal untuk mengikuti nasihat ini boleh menyebabkan
terbakar atau melecur.
1.3.4 Bahaya Terhiris
Pengikis hob yang setajam mata pisau akan terdedah
apabila bungkusannya ditanggalkan. Guna dengan
berhati-hati dan sentiasa disimpan secara selamat dan
jauhkan daripada jangkauan kanak-kanak.
Gagal untuk menggunakannya dengan berhati-hati boleh
menyebabkan kecederaan atau luka terhiris.
1.3.5 Arahan Keselamatan Yang Penting
Jangan biarkan unit ini tanpa pengawasan apabila ia
digunakan. Makanan dalam periuk meluap-luap
menyebabkan berasap dan limpahan berminyak boleh
menyebabkan penyalaan.
Jangan jadikan permukaan unit ini sebagai tempat untuk
bekerja atau menyimpan barangan.
Jangan tinggalkan apa-apa objek atau alat di atas unit ini.
Jangan letakkan atau tinggalkan apa-apa objek boleh
dimagnetkan (contohnya kad kredit, kad memori) atau
peranti elektronik (contohnya komputer, pemain MP3)
berhampiran dengan unit ini kerana ia mungkin terjejas oleh
medan elektromagnet.
Jangan gunakan unit ini untuk menghangatkan atau
memanaskan bilik.
Selepas penggunaan, sentiasa padamkan zon memasak dan
unit ini dimatikan seperti yang dinyatakan dalam buku
panduan ini (iaitu dengan menggunakan kawalan sentuh).
Jangan bergantung kepada ciri pengesanan periuk untuk
mematikan zon memasak apabila periuk dialihkan.
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan perkakas ini
atau duduk, berdiri, atau memanjat di atasnya.
Jangan simpan barangan yang menarik minat kanak-kanak
di dalam kabinet di atas unit ini. Kanak-kanak memanjat di
atas unit ini boleh mengalami kecederaan parah.
Jangan biarkan anak-anak di kawasan di mana unit ini
MY-5