Sentuh dan tahan kawalan pemasa selama kira-kira dua saat
atau menyentuh "-" hingga memaparkan "00:00", dengan
itu pemasa akan dibatalkan.
Apabila masa telah ditetapkan, ia akan mula mengira
terbalik dengan serta merta. Paparan akan menunjukkan
masa yang tinggal.
Apabila tamatnya pemasa memasak, zon memasak
berkenaan akan dimatikan secara automatik.
Zon memasak yang lain akan terus beroperasi jika ia telah dihidupkan sebelum ini.
3.3.5 Perlindungan Suhu Berlebihan
Sensor suhu disediakan untuk memantau suhu di dalam hob seramik. Apabila suhu berlebihan dikesan,
hob seramik akan berhenti beroperasi secara automatik.
3.3.6 Masa Bekerja Tetapan Asal
Satu lagi ciri keselamatan hob adalah memadamkan hob secara automatik. Ini berlaku apabila anda
terlupa untuk memadamkan zon memasak. Masa tetapan asal untuk memadamkan hod ialah 2 jam:
4. Panduan Memasak
Berhati-hati ketika menggoreng kerana minyak dan lemak akan menjadi panas dengan cepat,
terutamanya jika anda menggunakan Power Boost. Pada kuasa yang sangat tinggi, minyak dan
lemak akan menyala secara spontan dan ini akan mendatangkan risiko kebakaran yang serius.
4.1 Petua Memasak
Apabila makanan mendidih, rendahkan kuasa tetapan.
Gunakan penutup boleh mengurangkan masa memasak dan menjimatkan tenaga dengan cara
mengekalkan haba di dalam periuk.
Kurangkan kuantiti cecair atau lemak akan mengurangkan masa memasak.
Mulakan proses memasak dengan kuasa tinggi dan rendahkan kuasa apabila makanan sudah
dipanaskan dengan sepenuhnya.
4.1.1 Mereneh, Menanak Nasi
Memasak secara mereneh dilakukan di bawah takat didih, iatu pada kira-kira 85˚C apabila buih mula
terhasil dan sekali sekala naik di permukaan cecair dimasak. Inilah kunci untuk menghasilkan sup
yang lazat dan hidangan stew yang empuk kerana makanan tidak dimasak secara melampau. Anda
juga harus memasak hidangan berasaskan telur dan sos pekat di bawah takat didih.
Untuk sesetengah tugas, termasuk menanak nasi dengan kaedah penyerapan, mungkin
memerlukan tetapan kuasa yang lebih tinggi daripada tetapan kuasa paling rendah untuk
memastikan makanan dimasak dengan sepenuhnya dalam masa yang disyorkan.
atau
MY-14