9.4 Sambungkan Hob Dengan Bekalan Kuasa Utama
Bekalan kuasa perlu disambung dengan mematuhi standard yang berkaitan, atau pemutus litar kutud
tunggal. Kaedah penyambungan adalah ditunjukkan seperti di bawah.
1. Jika kabel sudah rosak atau perlu diganti, ia mesti dilakukan oleh juruteknik lepas jualan dengan
menggunakan peralatan yang sesuai untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
2. Jika unit ini disambungkan secara terus pada bekalan utama, pemutus litar omnipolar mesti dipasang
dengan ruang minimum 3mm.
3. Pemasang perlu memastikan bahawa sambungan elektrik yang betul telah dilakukan dan bahawa ia
mematuhi peraturan keselamatan.
4. Kabel tidak boleh dibengkok atau dimampat.
5. Kabel perlu diperiksa secara berkala dan hanya boleh digantikan oleh orang yang berkelayakan.
Pelupusan Produk Ini Dengan Betul
Simbol ini pada produk atau bungkusannya, menunjukkan bahawa produk ini tidak boleh
dianggap sebagai sisa buangan isi rumah. Ia perlu dibawa ke pusat pemungutan sisa buangan
yang sesuai untuk dikitar semula peralatan elektrik dan elektronik. Dengan memastikan
produk ini dilupuskan dengan betul, anda akan membantu mencegah akibat negatif yang
mungkin timbul terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, yang mana mungkin
disebabkan oleh cara pelupusan sisa produk ini yang tidak betul. Untuk maklumat lebih lanjut
tentang kitar semula produk ini, sila hubungi kerajaan tempatan, perkhidmatan pelupusan sisa
buangan isi rumah, atau kedai di mana anda membeli produk ini.
MY-22
PN.:16166000A13016