oleh orang yang berkelayakan.
Unit ini perlu disambungkan ke litar yang hadir dengan suis
pengasingan yang menyediakan pemutusan penuh daripada
bekalan kuasa.
Gagal untuk memasang unit ini dengan betul boleh
menyebabkan sebarang jaminan atau liabiliti tuntutan
menjadi tidak sah.
1.3 Pengendalian Dan Penyelenggaraan
1.3.1 Bahaya Kejutan Elektrik
Jangan memasak di atas permukaan hob yang pecah atau
retak. Jika permukaan hob sudah pecah atau retak,
padamkan suis bekalan kuasa utama (suis dinding) dengan
serta-merta dan hubungi juruteknik bertauliah.
Padamkan suis dinding unit ini sebelum kerja pembersihan
atau penyelenggaraan.
Gagal untuk mengikuti nasihat ini boleh menyebabkan
kejutan elektrik atau kematian.
1.3.2 Bahaya Kesihatan
Unit ini memenuhi standard keselamatan elektromagnet.
Bagaimanapun, orang-orang yang memakai perentak
jantung atau implan elektrik yang lain (seperti pam insulin)
harus dapatkan nasihat doktor atau pengeluar implan
sebelum menggunakan unit ini untuk memastikan bahawa
implan mereka tidak akan terjejas oleh medan
elektromagnet.
Gagal untuk mengikuti nasihat ini boleh menyebabkan
kematian.
1.3.3 Bahaya Permukaan Panas
Semasa penggunaan, bahagian-bahagian yang boleh
dicapai akan menjadi cukup panas sehingga boleh
menyebabkan kelecuran.
Jangan biarkan badan anda, pakaian atau benda lain
daripada bersentuhan dengan kaca Seramik selagi
permukaannya belum mengejuk.
Jauhkan daripada dicapai oleh kanak-kanak.
Pemegang periuk mungkin panas apabila disentuh. Periksa
MY-4