321S15/25
MY-26
Untuk pengendalian selamat
Sebelum menggunakan produk ini, sila baca Manual
Pengendali ini dengan teliti untuk memastikan pengendalian
yang betul. Perkara berikut adalah langkah berjaga-jaga yang
perlu dipatuhi untuk menggunakan produk dengan lancar.
Selainnya dalam Manual, tanda amaran digunakan untuk
menarik perhatian anda kepada langkah berjaga-jaga ini.
Sebelum menggunakan produk
• Produk ini telah direka bentuk khusus untuk tujuan
menyemburkan bahan kimia kawalan perosak dan racun
rumpai. Jangan gunakannya untuk sebarang tujuan lain,
kerana ini boleh menyebabkan kemalangan yang tidak
diramalkan.
• Oleh sebab produk ini menggunakan bahan kimia
pertanian yang memerlukan pengendalian teliti,
penyalahgunaan boleh membawa bahaya. Jangan
gunakan produk ini semasa penat atau dalam keadaan
! zikal lemah, atau apabila anda tidak dapat membuat
pertimbangan dengan betul atau mengendalikan mesin
dengan tepat, seperti selepas memakan ubat selesema
atau meminum alkohol. Selain itu, kanak-kanak atau
individu yang tidak dapat memahami kandungan Manual
ini tidak dibenarkan menggunakan produk ini, dalam
sebarang keadaan sekali pun.
• Gas ekzos enjin mengandungi karbon monoksida yang
bertoksik. Jangan gunakan produk ini di dalam bangunan,
di dalam rumah atau terowong vinil atau dalam tempat
lain yang mempunyai pengudaraan tidak baik.
• Jangan gunakan produk ini dalam keadaan berikut.
1. Apabila produk boleh terjatuh atau dalam keadaan lain
apabila produk sukar untuk dipegang atau dikendalikan.
2. Selepas matahari terbenam atau pada masa lain apabila
penglihatan lemah dan keselamatan kawasan semburan
sukar untuk dipastikan.
3. Dalam cuaca buruk (hujan, kabus, angin kuat, kilat dsb.)
• Semasa penggunaan kali pertama, sebelum memulakan
penyemburan sebenar, sila dapatkan bimbingan
untuk mengendalikan produk daripada individu yang
mempunyai pengalaman mencukupi.
• Kelesuan mengurangkan kuasa penumpuan dan
meningkatkan risiko kemalangan. Semasa merancang
kerja, sila berikan masa yang mencukupi, menetapkan
had 30-40 minit untuk satu sesi penyemburan dan rehat
selama 10-20 minit antara sesi. Selain itu, jangan sembur
selama lebih dari 2 jam dalam sehari.
• Sila simpan Manual Pengendali ini dan rujuk kepadanya
untuk mendapatkan maklumat tambahan dari semasa
ke semasa.
• Semasa menjual atau meminjamkan produk ini, ia harus
disertakan dengan Manual Pengendali ini.
AMARAN
• Periksa sekiranya lekapan getah penyerap kejutan
telah merekah atau pun rosak. Sila ambil perhatian
bahawa anda perlu menggantikan lekapan getah
ini setelah lekapan merekah atau rosak kerana
ini boleh menyebabkan enjin tertanggal daripada
rangkanya semasa penggunaan dan boleh menyebabkan
kecederaan tubuh yang serius.
• Jika merekah, pastikan untuk menggantikannya dengan
segera.
AMARAN
1. Jika anda tidak mematuhi masa bekerja atau cara bekerja,
Kecederaan Tekanan Berulang (RSI) boleh berlaku. Jika
anda merasa tidak selesa, kulit kemerah-merahan dan
bengkak pada jari anda atau pada mana-mana bahagian
badan anda, jumpa dengan doktor sebelum ia menjadi
lebih teruk.
KESELAMATAN