321S15/25
MY-28
• Semasa memulakan kerja, sila beri pertimbangan sewajarnya
untuk masa penyemburan, arah angin dsb., bagi memastikan
bahawa tiada gangguan bising atau bahaya bahan kimia
dikenakan terhadap penduduk berdekatan, mereka yang
melalui kawasan, tanaman ladang dan lain-lain.
• Semasa menyembur, sila pegang genggam dengan
kemas pada sepanjang masa dan berhati-hati agar tidak
menghalakan muncung ke arah individu atau binatang.
• Semasa menyembur, sila berhati-hati dengan arah angin
dan sentiasa berdiri di bahagian melawan angin, bagi
mengelakkan daripada menyembur diri anda dengan baham
kimia.
• Sekiranya anda merasa tidak begitu sihat semasa
menyembur, jumpa dengan doktor serta-merta. Semasa
berjumpa doktor, sebutkan nama bahan kimia yang anda
gunakan, keadaan penggunaan dsb.
• Jika penyembur condong, bahan kimia mungkin mengalir
keluar melalui lubang udara dalam tukup. Semasa
menyembur, sentiasa pastikan anda berpijak dengan stabil
dan mengekalkan keseimbangan anda.
• Jangan sentuh palam pencucuh atau kord palam semasa
enjin sedang berjalan kerana anda mungkin mendapat
kejutan elektrik.
• Jangan sentuh peredam, palam pencucuh atau bahagian
logam lain menggunakan tangan anda tanpa pelindung
semasa enjin sedang berjalan atau serta-merta selepas
menghentikan enjin, kerana terdapat risiko lecuran
disebabkan suhu tinggi.
Langkah berjaga-jaga selepas menyembur
• Sila simpan dan tutup bahan kimia yang tidak digunakan dan
simpannya jauh dari jangkauan kanak-kanak.
• Dilarang membuang bekas bahan kimia kosong begitu
sahaja tetapi lupuskannya secara selamat dengan kaedah
pembakaran, penanaman atau kaedah serupa lain. Selain
itu, sila pastikan air yang digunakan untuk membersihkan
alatan penyemburan tidak mencetuskan bahaya.
• Periksa dan selenggara sepenuhnya pakaian pelindung,
topeng, sarung tangan dan set pelindung lain bagi bersedia
untuk sesi seterusnya.
• Selepas menyelesaikan kerja dan membersihkan bahan
kimia dan alatan penyemburan, anda perlu serta-merta
mandi atau basuh tangan, kaki, muka anda dsb. sebersih-
bersihnya menggunakan sabun, serta berkumur.
• Anda perlu menukar semua pakaian yang dipakai, termasuk
pakaian dalam, dan membasuhnya sebersih-bersihnya.
Pakaian yang dipakai semasa penyemburan tidak boleh
dipakai lagi pada keesokan hari.
• Selepas penyemburan, sila hadkan pengambilan alkohol
anda dan rehat secukupnya dengan tidur awal. Jika anda
merasa tidak begitu sihat, sila jumpa doktor secepat yang
mungkin.
Langkah berjaga-jaga lain
• Semasa terlibat dalam kerja penyemburan untuk tempoh
masa yang berlarutan, sila buat pemeriksaan kesihatan
anda secara kerap.
• Sila lakukan penyemburan dalam cara terancang, menyimpan
rekod harian untuk tarikh dan masa penyemburan, bahan
kimia yang digunakan, makhluk perosak sasaran, kandungan
kerja, tempoh kerja dan butiran lain.
• Sila pertimbangkan perkara berikut semasa memilih atau
menggunakan set pelindung.
A. Pakaian pelindung. Pilih pakaian yang sejuk untuk dipakai
dan memberikan pengudaraan dan kalis air yang baik. Selain
itu, pakai item yang membolehkan anda menjalankan kerja
penyemburan secara selesa dan selamat.
B. Serkup kepala penyemburan. Gunakan serkup kepala
dengan pinggir yang kalis air dan menutupi leher dan bahu
anda.
C. Sarung tangan. Gunakan sarung tangan yang sukar untuk
ditembusi bahan kimia dan tidak tertanggal walaupun jika
anda berpeluh semasa melakukan kerja.
D. Apron getah. Semasa mencampurkan bahan kimia, pakai
apron yang panjang, tebal dan lebar yang tidak boleh
ditembusi percikan bahan kimia.
E. Gogal pelindung, topeng dsb. Pilih gogal pelindung, topeng,
but getah, pencuci mata dan krim pelindung dsb. yang
sesuai, dengan mematuhi standard dan saranan organisasi
galakan keselamatan kerja ladang.
Langkah berjaga-jaga penyenggaraan
• Bagi mengekalkan fungsi produk, jalankan pemeriksaan
penyenggaraan yang disenaraikan dalam Manual ini secara
berkala. Apabila penyenggaraan atau penggantian alat
yang tidak dinyatakan dalam Manual ini adalah diperlukan,
sila rujuk pembekal produk anda atau pengedar produk
Husqvarna terdekat.
• Jangan sekali-kali membiarkan enjin berjalan semasa
menjalankan pemeriksaan atau penyenggaraan.
• Jangan mengubah suai penyembur atau menanggalkan
enjin. Tindakan ini boleh menyebabkan kerosakan dan
kemalangan serius semasa pengendalian.
• Jangan sentuh peredam atau palam pencucuh menggunakan
tangan anda tanpa pelindung sejurus selepas menghentikan
enjin. Terdapat risiko lecuran disebabkan suhu tinggi.
• Sila gunakan alat Husqvarna tulen atau jenama yang
ditetapkan Husqvarna untuk alat ganti.
Penyenggaraan label
1. Sila pastikan label amaran bersih dan tiada tanda.
2. Jika label amaran kotor atau tertanggal, sila minta daripada
pembekal anda dan gantikan dengan label baru.
3. Semasa menampalkan label baru, sila lapkan semua kotoran
dan lembapan.