321S15/25
MY-27
2. Bagi mengelakkan aduan bising, secara umumnya,
kendalikan produk antara 8 pagi dan 5 petang pada hari
bekerja dan 9 pagi hingga 5 petang. semasa hujung minggu.
PENTING
Semak dan ikut peraturan setempat berkenaan tahap
bising dan masa pengendalian untuk produk.
Langkah berjaga-jaga sebelum menyembur
• Pastikan anda memakai pakaian pelindung, pelindung
kepala, sarung tangan dan but getah, topeng pelindung,
gogal, tuala, krim pelindung dsb., untuk menghalang bahan
kimia daripada terkena kulit anda atau memasuki paru-paru
anda. Semasa menyembur, sila pakai set pelindung ini untuk
mengelakkan sebarang risiko kecederaan.
• Sila simpan bahan kimia di dalam kotak simpanan berkunci,
lokar atau tempat lain yang selamat, jauh dari jangkauan
kanak-kanak.
• Baca arahan dengan teliti tentang penggunaan bahan kimia
dan biasakan diri anda dengan tahap ketoksikan, kaedah
penggunaan dsb.
• Sila beri pertimbangan sewajarnya terhadap kawasan
semburan anda, untuk memastikan bahawa anda tidak
mencemarkan bekalan air, sungai, tasik, kolam dsb. atau
menyebabkan sebarang kemudaratan kepada penduduk,
mereka yang melalui kawasan, binatang ternakan dsb.
•
Sediakan diri anda secara ! zikal sehari sebelum menyembur,
contohnya dengan mengurangkan minuman beralkohol atau
kerja lewat malam.
Jangan benarkan kanak-kanak, binatang dsb., memasuki
kawasan semburan bahan kimia.
• Sebelum menyembur, sila bersedia sepenuhnya dengan
memeriksa muncung penyembur dan memeriksa
keluarbiasaan seperti skru atau sambungan hos penyembur
longgar, kebocoran bahan api, gasket bendalir yang rosak
atau pecah atau kerosakan terhadap gegelang pemegangan.
Langkah berjaga-jaga semasa mengangkut bahan kimia
• Semasa mengangkut bahan kimia, sila kendalikan dengan
berhati-hati agar tiada tumpahan bahan kimia daripada beg
yang terkoyak, botol yang pecah atau penyumbat yang
longgar.
1. Pelindung kepala
2. Gogal pelindung
3. Topeng pelindung
4. But getah
5. Sungkup telinga
6. Pelindung leher
7. Pakaian pelindung
8. Sarung tangan getah
9. Pakaian pelindung
• Jangan angkut bahan kimia dalam bekas sama yang
digunakan membawa makanan.
Langkah berjaga-jaga semasa mengangkut penyembur
• Jangan angkut penyembur semasa bahan kimia atau bahan
api berada di dalam tangki, kerana ia boleh mengalir keluar
akibat hentakan semasa mengangkut.
• Semasa mengangkut di dalam kenderaan, sila gunakan
tali atau alat yang serupa untuk menetapkan penyembur
dengan kukuh kepada treler kargo dalam kedudukan tegak.
Jangan angkut menggunakan basikal atau motor, kerana
ini berbahaya.
Langkah berjaga-jaga berkenaan bahan api
AMARAN
Ambil langkah berjaga-jaga yang berikut untuk
mengurangkan risiko kebakaran:
• Campurkan dan tuang bahan api di luar bangunan, di tempat
yang tiada percikan atau api.
• Jangan merokok atau meletakkan objek panas berdekatan
bahan api.
• Matikan enjin setiap kali sebelum mengisikan semula bahan
api.
• Hentikan enjin dan biarkan enjin menjadi sejuk selama
beberapa minit sebelum mengisikan semula bahan api.
• Apabila mengisikan semula bahan api, buka penutup bahan
api dengan perlahan supaya tekanan yang berlebihan
dilepaskan dengan perlahan.
• Ketatkan penutup bahan api dengan berhati-hati selepas
mengisi bahan api.
• Pastikan mesin berada jauh daripada kawasan dan sumber
pengisian semula bahan api sebelum menggunakannya.
• Hanya gunakan bekas bahan bakar dengan injap
antitumpahan.
• Jika anda tertumpah bahan bakar di atasnya. Lap tumpahan
dan biarkan baki bahan api meluwap.
• Bersihkan kawasan di sekitar penutup bahan bakar.
Pencemaran di dalam tangki boleh menyebabkan masalah
pengendalian.
• Pastikan bahan api sebati dengan menggoncangkan bekas
sebelum mengisi tangki.
Langkah berjaga-jaga semasa mengisikan semula bahan
kimia
• Sebelum mengisikan bahan kimia ke dalam tangki, sila
pastikan bahawa injap kepala paip betul-betul berada pada
kedudukan rehat.
• Ketatkan tukup tangki sepenuhnya selepas pengisian
semula bahan kimia. Jika tidak diketatkan sepenuhnya,
tukup mungkin longgar semasa penyemburan, memberikan
risiko pendedahan ! zikal terhadap bahan kimia.
Langkah berjaga-jaga semasa menghidupkan enjin
• Sila pastikan kanak-kanak, binatang dsb. berada jauh
semasa menghidupkan enjin dan menyembur.
Langkah berjaga-jaga semasa menyembur
• Oleh sebab pakaian pelindung biasanya memberikan
pengudaraan kurang baik dan memberikan tekanan kepada
badan, terdapat risiko terkena strok haba atau penyakit lain
apabila mengendalikan untuk tempoh lama dalam suhu
yang tinggi. Elakkan daripada menyembur pada hari panas,
sebaliknya rancang pada awal pagi dan lewat tengah hari
ketika suhu agak sejuk dan kurang berangin.