32
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
ms
Membersihkan pengadun
Jag pengadun, sisipan smoothie, tudung dan
cawan penyukat adalah kalis pembasuh
pinggan mangkuk.
Petua: Tuang sedikit air dan cecair pencuci
ke dalam pengadun yang terpasang.
Hidupkan suis pada pengesetan Denyut
(Pulse) selama beberapa saat. Tuangkan air
keluar dan bilas jag pengadun dengan air
bersih.
Membersihkan pemotong universal
Jag pemotong universal tidak sesuai untuk
gelombang mikro.
Penyelesaian masalah
Kerosakan:
Perkakas tidak boleh dihidupkan atau
perkakas dimatikan semasa kendalian.
Sebab yang mungkin:
Perkakas mengalami beban lampau
(contohnya alat tersekat dengan makanan)
dan fius elektronik telah terbelantik.
Tindakan pemulihan:
Setkan suis putar kepada 0/mati.
Cabut palam sesalur.
Hapuskan punca beban lampau.
Hidupkan perkakas sekali lagi.
Sebab yang mungkin:
Jag pengadun atau jag pemotong universal
telah tertanggal.
Tindakan pemulihan:
Setkan suis putar kepada 0/mati.
Pasang jag pengisar atau jag pemotong
universal dengan betul dan skrukannya
dengan sepenuhnya.
Hidupkan perkakas sekali lagi.
Resipi
Mayonis
Perhatian: Mayonis boleh disediakan
dalam pengadun dengan seluruh telur
sahaja.
Resipi asas:
1 biji telur
1 sudu kecil mumbung biji sawi
1 sudu besar cuka atau jus lemon
Secubit garam
Secubit gula
200–250 ml minyak
Bahan-bahan sepatutnya sama suhunya.
Hidupkan pengadun pada kelajuan
rendah.
Proses bahan (kecuali minyak) pada
kelajuan rendah selama beberapa saat.
Tukar pengadun kepada kelajuan
maksimum, perlahan-lahan tuangkan
minyak melalui corong dan adunkan
selama lebih kurang 1 minit.
Coklat panas
50–75 g coklat olah sejuk
½ l susu panas
Krim putar dan coklat parut seperti
yang dikehendaki
Potong coklat olah menjadi kepingan
(lebih kurang 1 cm) dan cincang lumat
dalam blender dengan kelajuan
maksimum.
Matikan pengadun dan tambah susu
melalui corong.
Adun selama 1 minit pada kelajuan
maksimum.
Tuang coklat panas ke dalam gelas dan
sajikan dengan krim putar dan coklat
parut sebagaimana yang dikehendaki.
Risiko kecederaan!
Sebelum membaiki kerosakan, tarik keluar
palam sesalur.
Maklumat penting
Gelang bercahaya pada suis putar
berkelip pantas
– jika jag pengadun atau jag pemotong
universal tidak dipasang dengan betul,
– jika jag pengadun atau jag pemotong
universal tertanggal semasa
pengendalian,
– jika motor terhenti semasa pengendalian
disebabkan beban lampau.
Maklumat penting
Jika kerosakan tidak dapat dibaiki, sila
hubungi khidmat pelanggan (lihat alamat
khidmat pelanggan di hujung buku kecil
ini).
MMB43-64_GB.book Seite 32 Freitag, 30. Januar 2015 11:24 11
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
33
ms
Susu kocak ais pisang
2–3 biji pisang
2–3 sudu besar mumbung ais krim
vanila atau lemon
2 paket gula vanila
½ l susu
Letakkan semua bahan dalam jag
pengadun.
Tekan butang pilihan pantas .
atau
Adun selama 1 minit pada kelajuan
maksimum.
Sundae buah-buahan
250 g buah-buahan beku (seperti
strawberi, pisang, oren, epal)
50–100 g gula
500 ml air sejuk
Ais seperti yang dikehendaki
Kupas buah-buahan dan potong kecil-
kecil
Letakkan semua bahan (kecuali ais)
dalam jag pengadun.
Tekan butang pilihan pantas .
atau
Adun selama 1 minit pada kelajuan
maksimum.
Hidangkan dengan ais krim
Koktel ahli sukan
2–3 biji oren
1–2 biji lemon
½–1 sudu besar gula atau madu
¼ l jus epal
¼ l air mineral
Kiub ais seperti yang dikehendaki
Kupas oren dan epal, potong kecil-kecil
Letakkan semua bahan (kecuali jus epal
dan air mineral) dalam jag pengadun.
Tekan butang pilihan pantas .
atau
Adun selama 1 minit pada kelajuan
maksimum.
Tambah jus epal dan air mineral
Adun seketika sehingga minuman
berbuih.
Tuang koktel ke dalam gelas dan sajikan
dengan ais sebagaimana yang
dikehendaki
Smoothie hijau
1 biji epal hijau (kira-kira 100 g)
Jus sebiji lemon (lebih kurang 20 g)
20 g kubis kerinting
10 g saderi
10 g daun ketumbar
10 g linsid
1 g kayu manis kisar
250 g air yang disejukkan
Kupas epal.
Potong kecil-kecil epal, saderi dan kubis
kerinting.
Masukkan sedikit air ke dalam jag
pengadun.
Masukkan semua bahan pepejal dalam
sisipan smoothie dan penuhkan dengan
air.
Tekan butang pilihan pantas .
atau
Adun selama 60 saat pada pengesetan
Denyut (Pulse).
Petua: Resipi ini akan berhasil walaupun tanpa
sisipan smoothie.
Smoothie anggur
250 g anggur hijau
25 g bayam muda
100 g potongan pisang beku
200 ml teh hijau (sesuai untuk kanak-kanak)
Masukkan sedikit teh ke dalam jag
pengadun.
Masukkan anggur, bayam dan potongan
pisang dalam sisipan smoothie dan
penuhkan dengan teh yang masih ada.
Tekan butang pilihan pantas .
atau
Adunkan pada kelajuan maksimum
sehingga smoothie siap.
Puding buah-buahan merah
400 g buah-buahan (ceri masam
dibuang biji, raspberi, anggur hitam/
merah, strawberi, beri hitam)
100 ml jus ceri masam
100 ml wain merah
80 g gula
1 paket gula vanila
2 sudu besar jus lemon
Secubit bunga cengkih (kisar)
Secubit kayu manis (kisar)
8 keping gelatin
MMB43-64_GB.book Seite 33 Freitag, 30. Januar 2015 11:24 11
32
ms
Содержание MMB43 GB Series
Страница 1: ......
Страница 2: ...en English 3 zh 简体中文 12 zf 繁體中文 19 ms Bahasa Melayu 26 ar العربية 45 ...
Страница 37: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 175 ar 9 37 ...
Страница 38: ...176 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 8 38 ...
Страница 39: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 177 ar 7 39 ...
Страница 40: ...178 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 6 40 ...
Страница 41: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 179 ar 5 41 ...
Страница 42: ...180 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 4 42 ...
Страница 43: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 181 ar 3 43 ...
Страница 44: ...182 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 2 44 ...
Страница 45: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 183 ar 1 45 ...
Страница 49: ......
Страница 50: ......
Страница 51: ......
Страница 52: ......
Страница 53: ......
Страница 54: ......
Страница 55: ......