34
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
ms
Rendam gelatin dalam air sejuk selama
lebih kurang 10 minit
Didihkan semua bahan (kecuali gelantin)
Keringkan gelatin dan cairkannya dalam
ketuhar gelombang mikro, tetapi jangan
masak
Adunkan buah-buahan panas dan gelatin
pada kelajuan sederhana selama lebih
kurang 1 minit.
Tuangkan puding buah-buahan merah ke
dalam mangkuk kecil yang dibilas dengan
air sejuk dan sejukkan
Petua: Puding buah-buahan merah berasa
enak dengan krim putar atau sos vanila
Pesto selasih
10 g kacang pinus
3 g bawang putih
5 g garam
40 g keju Parmesan
10 g selasih segar
70 g minyak zaitun
Masukkan kacang pinus, bawang putih,
garam dan keju Parmesan ke dalam
bekas kaca dan tutup dengan pemegang
bilah.
Tekan butang pilihan pantas (
/
).
atau
Kisar selama 15 saat pada pengesetan
Denyut (Pulse).
Tambah selasih dan minyak zaitun dan
campurkan semuanya selama 10 saat
pada pengesetan Denyut (Pulse).
Sup labu
600 g labu isi kuning
200 g kentang
1 l stok sayur-sayuran
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Lada hitam kisar dan garam
30 g mentega
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
5–6 helai daun selasih
2–3 helai daun sage
1 tangkai daun parsli
1 tangkai daun thyme
1 tangkai daun marjoram
¼ susu teh kayu manis kisar
Keju Parmesan parut secukup rasa
Potong labu menjadi kepingan dan buang
kulit dan biji. Potong labu kepada
potongan kecil.
Kupas kentang dan juga potong kecil-
kecil.
Kupas bawang, cincang halus-halus dan
goreng perlahan-lahan dalam kuali leper
dengan mentega, minyak zaitun dan
bawang putih cincang.
Tambah labu dan potongan kentang dan
kukus sehingga lembut, kacau
berterusan. Tuang stok sayut-sayuran
perlahan-lahan dan tambah bouquet
garni.
Biarkan mereneh selama lebih kurang
25–30 minit dengan api kecil dan tambah
lebih banyak stok jika perlu.
Keluarkan bouquet garni.
Tambah garam dan lada sulah secukup
rasa, lengkapkan dengan secubit kayu
manis dan merenjis minyak zaitun extra
virgin.
Tuangkan 500 ml sup pada satu-satu
masa ke dalam jag pengadun dan
purikannya.
Jangan memproses lebih daripada 500 ml
cecair panas di dalam jag pengadun!
Hidangkan dengan keju Parmesan yang
diparut halus.
Lepa madu dan kacang hazel
10 g kacang hazel
120 g madu bunga (blossom honey)
(suhu bilik)
Masukkan kacang dalam jag pemotong
universal dan potong selama 1 saat pada
pengesetan Denyut (Pulse).
Tanggalkan jag pemotong universal,
terbalikkannya dan keluarkan pemegang
bilah.
Tambah madu.
Tutup jag pemotong universal semula
dengan pemegang bilah dan letakkannya
di unit asas.
Tunggu sehingga semua madu telah
mengalir turun melepasi bilah.
Kemudian campurkan semuanya selama
10 saat pada pengesetan Denyut (Pulse).
Perhatian: Jika pemotong universal tidak
disertakan dengan pengadun tangan, ia
boleh ditempah dari khidmat pelanggan
(no. pesanan 12007111).
MMB43-64_GB.book Seite 34 Freitag, 30. Januar 2015 11:24 11
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
35
ms
Arahan tentang pelupusan
Perkakas ini telah dikenal pasti selaras
dengan arahan Eropah 2012/19/EG
bagi Sisa Kelengkapan Elektrik dan
Elektronik (Waste Electrical and
Electronic Equipment – WEEE).
Arahan ini membuka jalan bagi penarikan balik
dan penggunaan seluruh EU yang berkesan
untuk peralatan sisa.
Sila bertanya wakil penjual anda atau pihak
berkuasa tempatan anda tentang cara-cara
pelupusan semasa.
Syarat-syarat waranti
Syarat-syarat jaminan untuk perkakas ini
adalah seperti yang ditakrifkan oleh wakil
kami di negara tempat ia dijual.
Butir-butir tentang syarat-syarat ini boleh
didapati daripada wakil penjual tempat
perkakas dibeli.
Bil jualan atau resit mestilah ditunjukkan
apabila anda hendak membuat apa-apa
tuntutan di bawah terma-terma jaminan ini.
Tertakluk pada pindaan.
MMB43-64_GB.book Seite 35 Freitag, 30. Januar 2015 11:24 11
34
ms
Содержание MMB43 GB Series
Страница 1: ......
Страница 2: ...en English 3 zh 简体中文 12 zf 繁體中文 19 ms Bahasa Melayu 26 ar العربية 45 ...
Страница 37: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 175 ar 9 37 ...
Страница 38: ...176 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 8 38 ...
Страница 39: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 177 ar 7 39 ...
Страница 40: ...178 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 6 40 ...
Страница 41: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 179 ar 5 41 ...
Страница 42: ...180 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 4 42 ...
Страница 43: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 181 ar 3 43 ...
Страница 44: ...182 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 2 44 ...
Страница 45: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 183 ar 1 45 ...
Страница 49: ......
Страница 50: ......
Страница 51: ......
Страница 52: ......
Страница 53: ......
Страница 54: ......
Страница 55: ......