26
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
ms
Kandungan
Untuk keselamatan anda . . . . . . . . . . . . 26
Gambaran Keseluruhan . . . . . . . . . . . . . 28
Pengendalian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 29
Pembersihan dan servis . . . . . . . . . . . . 31
Resipi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 32
Arahan tentang pelupusan . . . . . . . . . . . 35
Syarat-syarat waranti . . . . . . . . . . . . . . . 35
Untuk keselamatan anda
Sebelum penggunaan, sila baca arahan ini dengan teliti untuk
membiasakan diri dengan arahan penting tentang keselamatan
dan pengendalian perkakas ini.
Jika arahan bagi penggunaan perkakas yang betul tidak dipatuhi,
liabiliti pengeluar bagi apa-apa kerosakan yang terjadi akan
dikecualikan.
Perkakas ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi rumah
biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan bukan
perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian termasuklah
umpamanya penggunaan dalam dapur pekerja di kedai, pejabat,
pertanian dan perniagaan komersial yang lain, dan juga digunakan
oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan tempat kediaman
yang serupa. Penggunaan perkakas untuk memproses kuantiti
makanan yang biasa untuk kegunaan domestik.
Perkakas ini sesuai untuk mengadun makanan cecair atau separa
pepejal, untuk memotong/mencincang buah-buahan dan sayur-
sayuran mentah, untuk memurikan makanan dan untuk memotong
makanan sejuk beku (seperti buah-buahan) atau menghancurkan kiub
ais. Ia tidak boleh digunakan untuk memproses objek atau bahan yang
lain.
Sila simpan Arahan pengendalian di tempat yang selamat.
Jika menyerahkan perkakas kepada pihak ketiga, jangan lupa
memasukkan arahan Pengendalian sekali.
,
Arahan keselamatan am
Risiko kejutan elektrik
Perkakas tidak harus digunakan oleh kanak-kanak.
Perkakas dan kord kuasa mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
Perkakas boleh digunakan oleh orang yang kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan
perkakas dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami
bahaya yang terlibat.
Kanak-kanak tidak harus bermain dengan perkakas.
Tahniah atas pembelian perkakas BOSCH
baru anda.
Dengan ini, anda telah memilih perkakas
domestik yang moden dan bermutu tinggi.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut
tentang produk kami di halaman web kami.
MMB43-64_GB.book Seite 26 Freitag, 30. Januar 2015 11:24 11
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
27
ms
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Gunakan di dalam bangunan sahaja.
Jangan menggunakan jika kabel atau peralatan mempunyai
kerosakan.
Sebelum menggantikan aksesori atau alat ganti tambahan,
yang bergerak semasa operasi, matikan perkakas dan putuskan
sambungan bekalan kuasa.
Sentiasa cabut palam perkakas dari bekalan jika ia ditinggalkan
tanpa dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang atau
membersihkannya.
Jangan meletakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau
permukaan yang panas. Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa
yang rosak mestilah digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan
pelanggannya atau orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki perkakas.
,
Arahan keselamatan untuk perkakas ini
Risiko kecederaan
Risiko kejutan elektrik
Jangan merendamkan blok motor dalam air dan jangan sekali-kali
memegangnya di bawah air yang mengalir dan jangan membasuhnya
dalam pembasuh pinggan mangkuk.
Saranan: Jangan menghidupkan perkakas lebih lama daripada masa
yang anda perlukan untuk memproses bahan.
Risiko kecederaan daripada bilah tajam/pemacu berputar!
Jangan sekali-kali meletakkan jari dalam pengadun yang terpasang.
Jangan sekali-kali mengendalikan perkakas tanpa pengadun yang
dipasang dengan lengkap atau tudung tertutup!
Jangan menanggalkan atau memasang pengadun sehingga perkakas
dimatikan dan pemacu telah berhenti sepenuhnya.
Apabila perkakas dimatikan, bilah akan terus bergerak sejenak.
Sentiasa bekerja dengan pemotong universal yang dipasang dengan
lengkap. Jangan menanggalkan atau memasang pemotong universal
sehingga perkakas dimatikan dan pemacu telah berhenti sepenuhnya.
Risiko melecur!
Awas apabila memproses cecair panas.
Apabila memproses cecair panas, stim keluar melalui corong pada
tudung.
Apabila bekerja, sentiasa memegang tudung dengan kuat dengan
sebelah tangan. Walau bagaimanapun, jangan meletakkan tangan
di atas bukaan isi semula!
Tuangkan maksimum 0.5 liter cecair panas atau berbuih ke dalam
jag pengadun.
MMB43-64_GB.book Seite 27 Freitag, 30. Januar 2015 11:24 11
26
ms
Содержание MMB43 GB Series
Страница 1: ......
Страница 2: ...en English 3 zh 简体中文 12 zf 繁體中文 19 ms Bahasa Melayu 26 ar العربية 45 ...
Страница 37: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 175 ar 9 37 ...
Страница 38: ...176 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 8 38 ...
Страница 39: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 177 ar 7 39 ...
Страница 40: ...178 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 6 40 ...
Страница 41: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 179 ar 5 41 ...
Страница 42: ...180 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 4 42 ...
Страница 43: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 181 ar 3 43 ...
Страница 44: ...182 Robert Bosch Hausgeräte GmbH ar 2 44 ...
Страница 45: ...Robert Bosch Hausgeräte GmbH 183 ar 1 45 ...
Страница 49: ......
Страница 50: ......
Страница 51: ......
Страница 52: ......
Страница 53: ......
Страница 54: ......
Страница 55: ......