
36
35
Baca Buku Panduan Ini Dahulu
Produk ini ialah sebuah topi keledar
motosikal.
Gunakan topi keledar ini bagi tujuan menunggang
motosikal sahaja. Jika anda menggunakan topi
keledar ini bagi tujuan lain, ia mungkin tidak
memberikan perlindungan yang mencukupi jika
berlaku kemalangan.
Topi keledar tidak boleh melindungi
pemakainya terhadap semua impak kelajuan
tinggi dan kelajuan rendah yang boleh
dijangkakan.
Bagi perlindungan kepala yang maksimum, topi
keledar hendaklah dipakai dengan betul dan sistem
pengekalan hendaklah diketatkan di bawah dagu. Topi
keledar hendaklah membenarkan pandangan
persisian secukupnya apabila dipakai di kepala anda.
Jika topi keledar anda terlalu besar, ia mungkin
menjadi licin atau bergerak-gerak di kepala anda
ketika menunggang. Ini boleh menyebabkan topi
keledar anda tercabut semasa kemalangan atau
menghalang penglihatan anda semasa menunggang
yang boleh mengakibatkan kecederaan atau
kematian. Untuk mempelajari dengan betul cara
memakai dan mengetatkan topi keledar anda, lihat
buku kecil "Cara Menggunakan Topi Keledar Anda
dengan Betul" yang dibekalkan bersama topi keledar
anda.
Kandungan dalam buku panduan ini adalah tertakluk
kepada perubahan tanpa notis.
Ilustrasi dalam buku panduan ini mungkin berbeza
daripada produk sebenar.
Hak cipta untuk manual ini milik SHOEI CO., LTD.
Pengeluaran semula atau penyalinan buku panduan
ini tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.
1. Topi keledar
2. Visor/Birai V-470
3. Skru Visor/Birai (5)
4. Pelekat antipantulan
(kecuali model berwarna Hitam dan Hitam Kusam)
5. Pelindung Lumpur
Kami mencadangkan anda menyimpan kotak dan bahan pengkusyenan sekiranya anda perlu
menghantar produk atau alat ganti untuk dibaik pulih. Jika anda mahu melupuskan bahan ini, sila ikut
undang-undang dan peraturan yang betul.
Istilah "kanan"
dan "kiri" dalam
buku panduan ini
adalah dari sudut
pandangan
penunggang
yang memakai
topi keledar.
Kanan
Kiri
Sahkan Item yang Dibungkus
Bahasa Melayu
Selepas membuka kotak produk, sila sahkan bahawa semua bahagian dan aksesori adalah lengkap.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
5
4
2
WARNING
6
7
8
10
9
3
1
6. Beg Topi Keledar
7. Buku Panduan Arahan
8. Arahan Keselamatan
9. Label Amaran
(tag E-3: untuk Malaysia, Filipina, Thailand sahaja)
10. Pelekat logo SHOEI (2)