32
MA
Panduan Memasak (sambungan)
PETUA KHAS
MENCAIRKAN MENTEGA
Letakkan 50 g mentega ke dalam bekas kaca kecil yang dalam. Tutup dengan
penutup plastik.
Panaskan selama 30-40 saat menggunakan 900 W, sehingga mentega cair.
MENCAIRKAN COKLAT
Letakkan 100 g coklat ke dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 3-5 minit, menggunakan 450 W sehingga coklat cair.
Kacau sekali atau dua kali semasa mencairkan. Gunakan sarung tangan ketuhar
semasa mengeluarkan!
MENCAIRKAN MADU BATU
Letakkan 20 g madu batu ke dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 20-30 saat menggunakan 300 W, sehingga madu cair.
MENCAIRKAN GELATIN
Letakkan kepingan gelatin kering (10 g) selama 5 minit di dalam air sejuk.
Letakkan gelatin yang telah dituskan ke dalam mangkuk pyrex kaca kecil.
Panaskan selama 1 minit menggunakan 300 W.
Kacau selepas ia cair.
MEMASAK GERLIS/AISING (UNTUK KEK DAN GATEAUX)
Campurkan gerlis segera (kira-kira 14 g) dengan 40 g gula dan 250 ml air sejuk.
Masak tanpa ditutup di dalam mangkuk pyrex kaca selama 3½ hingga 4½ minit
menggunakan 900 W, sehingga gerlis/aising menjadi lut sinar. Kacau dua kali
semasa memasak.
MEMASAK JEM
Letakkan 600 g buah-buahan (contohnya beri campur) di dalam mangkuk pyrex
kaca bertutup yang sesuai saiznya. Tambahkan 300 g gula penjeruk dan kacau
rata.
Masak bertutup selama 10-12 minit menggunakan 900 W. Kacau beberapa kali
semasa memasak. Tuangkan langsung ke dalam gelas-gelas jem yang kecil
dengan penutup putar. Biarkan pada penutup selama 5 minit.
MEMASAK PUDING
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500 ml) dengan mengikut
arahan pembuat dan kacau rata. Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang
sesuai saiznya. Masak bertutup selama 6½ hingga 7½ minit menggunakan 900
W.
Kacau rata beberapa kali semasa memasak.
MEMERANGKAN HIRISAN BADAM
Selerakkan 30 g badam yang dihiris dengan rata di atas pinggan seramik bersaiz
sederhana.
Kacau beberapa kali semasa memerangkan selama 3½ hingga 4½ minit
menggunakan 600 W.
Biarkan ia selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan sarung tangan ketuhar
semasa mengeluarkan.
Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro Anda
Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda yang berikut
harus dibersihkan secara tetap untuk mencegah minyak dan remah-
remah makanan daripada terkumpul:
•
Permukaan dalam dan luar
•
Pintu dan kedap pintu
•
Pinggan putar dan Gelang roda
☛
SENTIASA
pastikan bahawa kedap pintu bersih dan pintu tertutup
dengan betul.
1.
Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut dan air suam yang bersabun.
Bilas dan keringkan.
2.
Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada permukaan dalam atau pada
gelang roda dengan kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3.
Untuk melonggarkan remah-remah makanan yang telah keras dan
menghilangkan bau, letakkan secawan jus lemon yang dicampurkan dengan
air di atas pinggan putar dan panaskan selama sepuluh minit pada kuasa
maksimum.
4.
Basuh pinggan yang selamat digunakan di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk apabila perlu.
✉
JANGAN
tumpahkan air di dalam bolong-bolong.
JANGAN
SEKALI-KALI
menggunakan sebarang produk yang melelaskan
atau pelarut kimia. Berhati-hati terutamanya apabila membersihkan
kedap pintu bagi memastikan tiada serpihan yang:
•
Terkumpul
•
Mencegah pintu daripada tertutup dengan betul.
✉
Bersihkan rongga ketuhar gelombang mikro sebaik sahaja selepas
setiap kali digunakan dengan larutan bahan cuci yang tidak begitu
kuat, tetapi biarkan ketuhar gelombang mikro sejuk dahulu sebelum
membersihkannya untuk mengelakkan kecederaan.
✉
Arahan-arahan bagi julat memasak, hob dan ketuhar akan
menyatakan pembersih wap tidak harus digunakan.
PG113UC_MA.fm Page 32 Wednesday, May 28, 2003 9:26 AM
Содержание PG113UC
Страница 34: ...34 MA Nota PG113UC_MA fm Page 34 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Страница 35: ...35 MA Nota PG113UC_MA fm Page 35 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Страница 36: ...PG113UC_MA fm Page 36 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Страница 69: ...33 CT d PG113UC_CT fm Page 33 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 70: ...34 CT d PG113UC_CT fm Page 34 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 71: ...35 CT d PG113UC_CT fm Page 35 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 72: ...PG113UC_CT fm Page 36 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 105: ...33 GB Note PG113UC_GB fm Page 33 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Страница 106: ...34 GB Note PG113UC_GB fm Page 34 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Страница 107: ...35 GB Note PG113UC_GB fm Page 35 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Страница 108: ...PG113UC_GB fm Page 36 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...