24
MA
Panduan Memasak (sambungan)
MEMANAS SEMULA
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanas semula makanan dalam masa
yang sangat singkat berbanding dengan masa yang diambil hob ketuhar
tradisional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula di dalam carta berikut sebagai
panduan. Masa-masa di dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik
s18 20°C atau makanan dingin dengan suhu s5 hingga
+7°C.
Mengatur dan menutup
Elakkan memanaskan makanan besar seperti sepotong daging – ia selalunya
menjadi terlampau masak dan kering sebelum bahagian tengahnya menjadi
panas menggelegak. Memanaskan semula kepingan-kepingan kecil memberikan
hasil yang lebih baik.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 900 W
sementara yang lain pula harus dipanaskan semula menggunakan 600 W, 450 W
atau malah 300 W.
Semak jadual-jadual bagi panduan. Umumnya, adalah lebih baik anda
memanaskan semula makanan menggunakan aras kuasa yang lebih rendah, jika
makanan itu tidak terlalu berperisa, banyak, atau jika besar kemungkinannya ia
sangat cepat menjadi panas (pai daging kisar, contohnya).
Kacau rata atau balikkan makanan semasa memanaskan semula bagi hasil yang
terbaik. Jika boleh, kacau sekali lagi sebelum menghidangkannya.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
Untuk mencegah didihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan
berlakunya lecur, kacau sebelum, semasa dan selepas memanaskan. Biarkan ia
di dalam ketuhar gelombang mikro semasa masa biar. Kami mengesyorkan anda
meletakkan sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu. Elakkan terlalu
lama memanaskan (dan oleh itu merosakkan) makanan.
Adalah lebih baik anda menganggar kurang masa memasak dan menambah
masa memanas, jika perlu.
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kalinya, sebaiknya anda
membuat catatan tentang masa yang diambil – untuk dirujuk pada masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula panas
menggelegak keseluruhannya.
Biarkan makanan itu buat seketika selepas memanaskan semula – supaya
suhunya menjadi seimbang.
Masa biar yang disyorkan selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit, kecuali
masa yang lain disyorkan di dalam carta.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
Lihat juga bab mengenai langkah-langkah keselamatan.
MEMANASKAN SEMULA CECAIR
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar
dimatikan untuk membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau semasa
memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA kacau selepas memanaskan. Untuk
mencegah didihan yang mebuak-buak dan kemungkinan kulit anda melecur, anda
harus meletakkan sudu plastik atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
PG113UC_MA.fm Page 24 Wednesday, May 28, 2003 9:26 AM
Содержание PG113UC
Страница 34: ...34 MA Nota PG113UC_MA fm Page 34 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Страница 35: ...35 MA Nota PG113UC_MA fm Page 35 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Страница 36: ...PG113UC_MA fm Page 36 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Страница 69: ...33 CT d PG113UC_CT fm Page 33 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 70: ...34 CT d PG113UC_CT fm Page 34 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 71: ...35 CT d PG113UC_CT fm Page 35 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 72: ...PG113UC_CT fm Page 36 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Страница 105: ...33 GB Note PG113UC_GB fm Page 33 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Страница 106: ...34 GB Note PG113UC_GB fm Page 34 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Страница 107: ...35 GB Note PG113UC_GB fm Page 35 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Страница 108: ...PG113UC_GB fm Page 36 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...