
10–11
A.B.S. (Sistem Brek Anti-kekunci) adalah
satu sistem yang menghalang roda dari terus
berhenti berputar atau terkunci semasa
membrek kecemasan atau membrek di
atas permukaan jalan raya licin. Oleh itu ia
boleh meningkatkan kestabilan dan kawalan
kenderaan.
Terdapat keadaan di mana injak brek
bergegar atau mengeluarkan bunyi apabila
pedal brek ditekan. Ini adalah tanda bahawa
A.B.S. berfungsi dengan baik.
Seterusnya anda mungkin mendengar bunyi
dari ruang enjin selama beberapa saat
apabila kenderaan sampai ke sesuatu
kelajuan semasa kenderaan bergerak.
Bunyi ini bukanlah tanda luarbiasa kerana
ia adalah dari sistem A.B.S. yang menjalani
diagnosis sendiri permulaan.
E.B.D (Pengagih Daya Brek Elektronik)
E.B.D. (Pengagih Daya Brek Elektronik)
adalah satu fungsi di mana daya brek
optimum diagihkan mengikut perjalanan dan
beban kenderaan. Dengan ini keberkesanan
membrek dalam keadaan berbeban terjamin
setiap masa.
A.B.S. (Sistem Brek Anti-kekunci)
• Selepas enjin dihidupkan atau kenderaan
sedang bergerak, jika lampu amaran
sistem pembrekan anti penguncian
dan lampu amaran brek terus menyala
dan tidak padam, hanya tayar belakang
yang akan terkunci semasa membrek
kecemasan, menyebabkan kenderaan
tidak stabil.
• Dalam keadaan begini, elakkan
membrek secara mengejut dan hantar
untuk pemeriksaan dengan segera ke
Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
PERHATIAN
• Sistem A.B.S. tidak beroperasi pada
kelajuan yang lebih rendah dari 10 km/j
(6 bsj). Sistem akan berfungsi seperti
brek biasa.
• Tentukan anda terus menekan brek
dengan kuat semasa membrek
kecemasan. Jika injak brek dilepaskan,
sistem A.B.S. tidak akan memberikan
sebarang kesan yang diharapkan.
• Jangan membrek secara mengepam.
Jika anda melakukan membrek secara
mengepam, jarak membrek akan
menjadi lebih jauh. ‘Membrek secara
mengepam’ adalah membrek dengan
menekan injak brek sedikit demi sedikit
secara berulang-ulang.
PERINGATAN
• Walaupun kenderaan anda dilengkapi
dengan A.B.S., ia masih memerlukan
jarak berhenti yang mencukupi.
Sentiasa beri jarak yang selamat dari
kenderaan di hadapan anda.
• Jangan memandu terlampau laju
walaupun kenderaan anda dilengkapi
dengan A.B.S. Sentiasa memandu
dengan cermat. Sentiasa berhati-hati
dengan keadaan jalan raya semasa
memandu.
• Berbanding dengan kenderaan tanpa
A.B.S, jarak membrek kenderaan yang
dilengkapi A.B.S mungkin lebih jauh di
atas jalan raya kasar atau jalan berbatu.
Kurangkan kelajuan apabila memandu
di atas jalan raya sebegini.
• Jika A.B.S. mengalami kepincangan,
lampu amaran akan menyala. Dalam
keadaan begini, sistem brek biasa
masih berfungsi dengan baik
walaupun A.B.S. tidak befungsi.
• Apabila lampu amaran menyala,
hantarkan kenderaan dengan segera
ke Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
Sect 10 BM.indd 11
03/04/2018 11:16 AM
Summary of Contents for ALZA
Page 1: ......
Page 7: ...Sect 00 BM indd 4 11 04 2018 11 03 AM...
Page 87: ...Sect 04 BM indd 9 03 04 2018 3 47 PM...
Page 111: ...Sect 06 BM indd 9 16 07 2018 2 54 PM...
Page 131: ...Sect 07 BM indd 19 09 07 2018 11 52 AM...
Page 132: ...8 Cermin sisi 8 1 Cermin dalam 8 2 Seksyen 8 Cermin Sect 08 BM indd 1 13 07 2018 4 43 PM...
Page 135: ...Sect 08 BM indd 3 13 07 2018 4 43 PM...
Page 145: ...Sect 09 BM indd 9 13 07 2018 4 44 PM...
Page 181: ...Sect 11 BM indd 19 03 07 2018 5 18 PM...
Page 241: ...Sect 16 BM indd 3 03 04 2018 2 39 PM...
Page 247: ...Sect 17 BM indd 5 03 07 2018 5 12 PM...
Page 248: ...18 Seksyen 18 Indeks Sect 18 BM indd 1 13 04 2018 2 34 PM...
Page 256: ...English version English Version indd 1 6 17 14 11 19 AM...
Page 257: ...Sect 17 EN indd 5 9 5 17 5 42 PM...
Page 263: ...Sect 00 EN indd 4 11 04 2018 11 04 AM...
Page 287: ...Sect 02 EN indd 13 13 04 2018 11 36 AM...
Page 363: ...Sect 06 EN indd 9 16 07 2018 2 54 PM...
Page 383: ...Sect 07 EN indd 19 09 07 2018 11 53 AM...
Page 384: ...8 Side mirrors 8 1 Inside mirror 8 2 Section 8 Mirrors Sect 08 EN indd 1 3 19 18 2 44 PM...
Page 387: ...Sect 08 EN indd 3 3 19 18 2 44 PM...
Page 397: ...Sect 09 EN indd 9 12 7 2018 6 29 56 PM...
Page 413: ...Sect 10 EN indd 15 03 04 2018 11 33 AM...
Page 445: ...Sect 13 EN indd 9 13 07 2018 5 13 PM...
Page 481: ...Sect 14 EN indd 35 13 04 2018 12 19 PM...
Page 491: ...Sect 16 EN indd 3 03 04 2018 2 43 PM...
Page 497: ...Sect 17 EN indd 5 03 07 2018 5 11 PM...
Page 498: ...18 Section 18 Index Sect 18 EN indd 1 13 04 2018 11 40 AM...
Page 507: ...Sect 17 EN indd 5 9 5 17 5 42 PM...
Page 508: ...GD53L D1809 000...