Melayu
32
33
Garis Panduan Umum
BENTUK
Bentuk yang sama dimasak dengan rata.
Makanan dimasak lebih baik dengan
gelombang mikro apabila di dalam bekas bulat
daripada segi empat.
SUHU PERMULAAN
Lebih sejuk makanan, lebih lama masa
memanaskannya. Makanan daripada peti sejuk
mengambil lebih lama masa untuk dipanaskan
daripada makanan pada suhu bilik. Suhu
makanan perlulah di antara 5 dan 8°C sebelum
dimasak.
CECAIR
Semua cecair perlu dikacau
sebelum, semasa
dan selepas
pemanasan. Terutamanya air
perlu dikacau sebelum dan semasa pemanasan
untuk mengelakkan daripada meletus.
Jangan panaskan cecair yang telah dididihkan
sebelum ini. JANGAN TERLEBIH PANAS.
MEMBALIK DAN MENGACAU
Sesetengah makanan memerlukan kacauan
semasa dimasak.
Daging dan ayam serta itik perlu dibalikkan
selepas pertengahan masa memasak.
MENYUSUN
Makanan individu cth. bahagian atau potongan
ayam, perlu diletakkan di atas pinggan agar
bahagian yang lebih tebal menghadap ke luar.
MEMERIKSA MAKANAN
Adalah penting untuk makanan diperiksa
semasa dan selepas masa memasak yang
disarankan, walaupun jika PROGRAM AUTO
telah digunakan (seperti anda memeriksa
makanan di dalam ketuhar konvensional).
Masukkan semula makanan ke dalam ketuhar
jika perlu dimasak lagi.
SAIZ PINGGAN
Ikut saiz pinggan yang diberikan di dalam
resipi, kerana ini memberi kesan kepada masa
memasak dan memanas. Kuantiti makanan
yang disebarkan di dalam pinggan lebih besar
memasak dan memanas lebih cepat.
MEMBERSIH
Gelombang mikro berfungsi pada zarah
makanan, pastikan ketuhar anda bersih pada
setiap masa. Kesan degil makanan boleh
ditanggalkan dengan menggunakan pembersih
semburan ketuhar gelombang mikro
berjenama, semburkan pada kain lembut.
Sentiasa lap ketuhar agar kering selepas
dibersihkan.