321S15/25
MY-30
AMARAN
• Gasolin adalah amat mudah terbakar. Elakkan
daripada merokok atau membawa sebarang nyalaan
atau percikan berdekatan bahan api. Pastikan enjin
dimatikan dan biarkan ia sejuk sebelum mengisi
semula bahan api ke dalam unit. Pilih tanah kosong
luar bangunan untuk mengisi bahan api dan bergerak
sekurang-kurangnya 3 m (10 kaki) dari titik pengisian
bahan api sebelum menghidupkan enjin.
• Enjin Husqvarna dilincirkan menggunakan minyak yang
dirumuskan khas untuk penggunaan enjin gasolin 2
kitaran dingin udara. Jika minyak Husqvarna tiada,
gunakan minyak dengan kualiti tambahan antioksidan
yang dilabelkan dengan jelas untuk kegunaan enjin 2
kitaran dingin udara (MINYAK GRED JASO FC atau
GRED ISO EGC).
• Jangan gunakan minyak campuran BIA atau TCW (jenis
penyejukan air dua lejang).
• NISBAH CAMPURAN DISARANKAN:
A. GASOLIN 40 : MINYAK 1 (semasa menggunakan minyak
asli Husqvarna)
B. GASOLIN 25 : MINYAK 1 (semasa menggunakan minyak
lain)
• Enjin ini diperakui boleh dikendalikan menggunakan
gasolin tanpa plumbum.
• Pastikan agar menggunakan gasolin dengan nombor
oktana minimum 89RON (USA/Kanada: 87AL).
• Gasolin dengan sehingga 10% etanol (gasohol) atau
sehingga 15% MTBE (metil tertier butil eter) adalah
diterima.
• Jika anda menggunakan gasolin dengan nilai oktana lebih
rendah berbanding yang dinyatakan, terdapat bahaya
suhu enjin mungkin meningkat dan masalah enjin seperti
omboh terhenti mungkin seterusnya berlaku.
• Gasolin yang bersih, tidak tercemar dan tanpa plumbum
adalah disarankan untuk mengurangkan pencemaran
udara bagi kebaikan kesihatan anda dan alam sekitar.
• Gasolin atau minyak berkualiti rendah boleh merosakkan
gelang sendal, salur bahan api atau tangki bahan api
enjin.
Untuk mencampurkan bahan api
AMARAN
• Berikan perhatian kepada pengadukan.
1. Sukat kuantiti gasolin dan minyak yang akan dicampurkan.
2. Masukkan sedikit gasolin ke dalam bekas bahan api yang
bersih dan diluluskan.
3. Tuangkan semua minyak dan adukkan dengan sebati.
4. Tuangkan gasolin selebihnya dan adukkan sekali lagi
sekurang-kurangnya selama satu minit. Oleh sebab
sesetengah minyak mungkin sukar diadukkan bergantung
pada bahan minyak, pengadukan mencukupi adalah
diperlukan agar enjin bertahan lama. Berhati-hati kerana,
jika pengadukan tidak mencukupi, terdapat peningkatan
bahaya penghentian omboh lebih awal disebabkan
campuran kurang yang luar biasa.
5. Letakkan penunjuk jelas di bahagian luar bekas untuk
mengelakkan percampuran dengan gasolin atau bekas
lain.
6. Nyatakan kandungan di bahagian luar bekas untuk
pengenalpastian mudah.
Untuk mengisikan bahan api ke dalam unit
1. Pusingkan dan tanggalkan tukup bahan api. Letakkan
tukup di tempat yang tidak berdebu.
2. Masukkan bahan api ke dalam tangki bahan api sehingga
80% kapasiti penuh.
3. Pasangkan tukup api dengan kemas dan lapkan
sebarang tumpahan bahan api di sekeliling unit.
AMARAN
1. Pilih tanah kosong untuk mengisi bahan api.
2. Gerak sekurang-kurangnya 3 meter (10 kaki ) dari titik
pengisian bahan api sebelum menghidupkan enjin.
3. Hentikan enjin sebelum mengisi semula bahan api ke
dalam unit. Pada masa itu, pastikan untuk mengadukkan
secukupnya gasolin campuran di dalam bekas.
UNTUK HAYAT ENJIN ANDA, ELAKKAN:
1. BAHAN API TANPA MINYAK (GASOLIN MENTAH) Ia
akan menyebabkan kerosakan serius terhadap bahagian
enjin dalaman dengan cepat.
2. GASOHOL - Ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian
getah dan/atau plastik dan gangguan pelinciran enjin.
3. MINYAK UNTUK PENGGUNAAN ENJIN 4 KITARAN
Ia boleh menyebabkan pengotoran palam pencucuh,
penyumbatan port ekzos atau gelang omboh melekat.
4. Bahan api campuran yang telah tidak digunakan untuk
tempoh satu bulan atau lebih mungkin menyumbat
karburetor dan menyebabkan kegagalan enjin untuk
berfungsi dengan baik.
5. Apabila menyimpan produk untuk tempoh masa
yang lama, bersihkan tangki bahan api selepas
mengosongkannya. Seterusnya, aktifkan enjin dan
kosongkan karburetor bahan api komposit.
6. Ketika mengikis bekas campuran minyak terpakai,
kikiskan hanya di tapak pembuangan yang dibenarkan.
CATATAN
• Untuk butiran jaminan kualiti, baca perihalan dalam
bahagian Waranti Terhad dengan teliti. Tambahan pula,
pemakaian biasa dan perubahan dalam produk tanpa
pengaruh fungsian adalah tidak dilindungi oleh waranti.
Selain itu, berhati-hati agar, jika penggunaan dalam
manual arahan tidak dipatuhi untuk gasolin campuran
dsb. yang diterangkan di dalamnya, ia mungkin tidak
dilindungi waranti.
BAHAN API