- 30 -
Apakah Proxima® 2, Proxima® 2+ dan kegunaannya:
Proxima® 2, Proxima® 2+
adalah sistem pengumpulan
2-bahagian bagi pesakit enterostomi atau urostomi dan terdiri
daripada:
–
Plat asas rata
dengan
– cecincin ganding bagi memasang kantung,
– sistem penguncian,
– gelung untuk memasang Tali Pinggang B. Braun,
– pelekat hidrokoloid;
–
Plat asas cembung
dengan
– cecincin ganding bagi memasang kantung,
– sistem penguncian
– Pemasangan gelung ke Tali Pinggang B. Braun
– cecincin cembung
– pelekat hidrokoloid
Pelbagai jenis kantung:
•
Tertutup untuk pesakit enterostomi, dengan penapis bersepadu
untuk penyahbauan dan pembuangan gas,
•
Boleh disalirkan untuk pesakit enterostomi dengan
menggunakan pengapit lembut berpelekat atau pengapit
tegar boleh guna semula dan sarung pemindahan besar yang
membolehkan pemindahan efluen pekat. Kantung yang boleh
disalir disediakan dengan penapis atau tanpa penapis. Pengapit
berpelekat dan pengapit tegar (untuk rujukan Proxima® 2+
sahaja) disediakan dalam setiap kotak,
•
Boleh disalir untuk pesakit urostomi, dengan tap pengalir dan
penyambung uro (L-M-N) * yang disambungkan ke beg malam.
Proxima® 2, Proxima® 2+
boleh digunakan secara serentak
bersama aksesori penjagaan stoma B. Braun.
Tujuan dan indikasi yang dimaksudkan:
Produk ini diindikasikan untuk pengumpulan dan pembendungan
najis atau air kencing oleh pesakit dengan enterostomi atau
urostomi.
Produk ini tidak dimaksudkan untuk digunakan pada
kulit atau membran mukus yang menunjukkan perubahan
patologi atau perubahan berikutan penyakit atau luka.
Tujuan utama kantung tertutup adalah untuk kolostomi; kantung
yang boleh disalir untuk pesakit kolostomi dengan najis lembut
atau cair dan pesakit ileostomi; kantung uro untuk pesakit
urostomi.
Prestasi & faedah klinikal:
Peralatan ostomi mengimbangi
kehilangan najis dan/atau mengawal kencing.
Populasi pesakit:
Pesakit enterostomi dan urostomi dewasa bagi
kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.
Kontraindikasi
:
Untuk kantung tertutup Proxima 2® dan Proxima® 2+, kami
tidak mengesyorkan pesakit kolostomi dengan najis cair
menggunakannya.
Risiko sisa atau kesan sampingan
:
Komplikasi kulit peristomal boleh berlaku semasa menggunakan
Proxima® 2 dan Proxima® 2+.
Kebocoran melalui penapis boleh berlaku semasa menggunakan
kantung yang boleh disalir.
1. Persediaan kulit
Basuh tangan anda sebelum memulakan prosedur.
Bersihkan bahagian peristom secara perlahan-lahan dengan
air suam. Elakkan eter, alkohol atau produk topikal lain yang
boleh mengganggu lekatan plat asas. Keringkan kulit dengan
menekapnya secara berhati-hati dengan menggunakan kain
lembut dan tidak mudah terlerai.
2. Penyediaan plat asas
Jika anda menggunakan produk Potongan Sepadan, potong
bahagian tengah bukaan pelekat hidrokoloid mengikut saiz
stoma anda (A) sebaik mungkin dengan bantuan panduan stoma.
Jangan potong melebihi diameter maksimum dan pastikan
sentiasa terdapat ruang antara 2 hingga 3 mm di sekeliling
stoma anda supaya tidak menjerut atau mencederakan mukosa
stoma.
3. Meletakkan plat asas
Kupas untuk membuka pelepas.
Letakkan plat asas di sekeliling stoma anda supaya sistem
penguncian terletak di bahagian atas. Bagi meningkatkan
lekatan, letakkan tangan di atas plat asas untuk
memanaskannya (B).
Pastikan sistem penguncian dibuka dengan menggerakkan tuas
ke atas dengan perlahan tanpa paksaan (C).
4. Meletakkan kantung: (kantung tertutup dan kantung boleh
disalir)
Bagi kantung yang boleh disalir, tutup saluran keluar :
•
Kantung boleh disalir dengan pengapit berpelekat: mulakan
dengan menanggalkan kertas pelindung daripada jalur pelekat.
(berhati-hati supaya tidak menyentuh jari pada bahagian
pelekat). Letakkan di tengah-tengah dan lekatkan pengepit
berpelekat di bahagian bawah bukaan (pada bahagian luar
kantung,bukan pada bahagian kulit). Jarak antara pengapit dan
bahagian bawah saluran keluar mesti bersamaan dengan lebar
pengapit (I). Lipat hujung sarung ke belakang sebanyak empat
kali dan juga saluran keluar dengan menggunakan pengapit (J).
Picit dengan kuat bahagian hujung pengapit untuk memastikan
MS
Arahan penggunaan