48
3.10 Penganalisis Trafik
Penganalisis Trafik memberikan anda pandangan sekali imbas
tentang perkara yang sedang berlaku pada rangkaian anda
secara harian, mingguan atau bulanan. Ia membolehkan anda
melihat dengan cepat penggunaan lebar jalur setiap pengguna,
atau peranti atau aplikasi yang digunakan, membantu anda
mengurangkan cerutan dalam sambungan Internet anda. Ia
juga cara yang hebat untuk memantau penggunaan atau aktiviti
Internet pengguna.
Untuk mengkonfigurasikan Penganalisis trafik:
1. Dari panel navigasi, pergi ke
General (Am)
>
Traffic Analyzer
(Penganalisis trafik)
.
2. Dari halaman utama
Penganalisis Trafik
, hidupkan statistik
penganalisis trafik.
3. Pilih tarikh carta yang ingin anda paparkan.
4. Pada medan
Paparan untuk
, pilih Penghala atau Aplikasi yang
akan memaparkan maklumat trafik.
5. Pada medan Tunjukkan mengikut, pilih cara anda mahu
memaparkan maklumat trafik.