29
3.3.4 Pencegahan dan Sekatan Peranti Dijangkiti
Ciri ini menghalang peranti dijangkiti daripada menyampaikan
maklumat peribadi atau status dijangkiti kepada pihak luaran.
NOTA:
Fungsi ini didayakan secara automatik jika anda menjalankan
Router Weakness Scan (Imbasan Kelemahan Penghala).
Untuk mendayakan pencegahan dan sekatan peranti
dijangkiti:
1. Dari panel navigasi, pergi ke
General (Am) > Aiprotection Pro
.
2. Dari halaman utama Aiprotection Pro, klik
Network Protection
(Perlindungan Rangkaian)
.
3. Dari anak tetingkap Infected Device Prevention and Blocking
(Pencegahan dan Sekatan Peranti Dijangkiti), klik
ON (HIDUP).
Untuk mengkonfigurasi Keutamaan Peringatan:
1. Dari anak tetingkap Infected Device Prevention and Blocking
(Pencegahan dan Sekatan Peranti Dijangkiti), klik
Alert
Preference (Keutamaan Peringatan)
.
2. Pilih atau masukkan pembekal e-mel, akaun e-mel dan kata
laluan, kemudian klik
Apply (Guna)
.