62
4. Berikan nama unik yang mengandungi sehingga 32 aksara
untuk SSID (Pengecam Set Perkhidmatan) atau nama rangkaian
untuk mengenal pasti rangkaian wayarles anda. Peranti Wi-Fi
boleh mengenal pasti dan menyambung ke rangkaian wayarles
melalui SSID ditentukan anda. SSID pada panji maklumat
dikemas kini apabila SSID baru disimpan pada tetapan.
NOTA
: Anda boleh menugaskan SSID unik untuk jalur frekuensi
2.4GHz dan 5GHz.
5. Dalam medan
Hide SSID (Sembunyi SSID)
, pilih
Yes (Ya)
untuk mengelakkan peranti wayarles daripada mengesan SSID
anda. Apabila fungsi ini didayakan, anda perlu memasukkan
SSID secara manual pada peranti wayarles untuk mengakses
rangkaian wayarles.
6. Pilih mana-mana pilihan mod wayarles ini untuk menentukan
jenis peranti wayarles yang boleh bersambung ke penghala
wayarles anda:
•
Auto
: Pilih
Auto
untuk membenarkan peranti 802.11ac,
802.11n, 802.11g, dan 802.11b bersambung dengan
penghala wayarles.
•
N sahaja
: Pilih
N sahaja
untuk memaksimumkan prestasi
wayarles N. Tetapan ini menghalang peranti 802.11g dan
802.11b daripada bersambung ke penghala wayarles.
•
Legasi
: Pilih
Legacy (Legasi)
untuk membenarkan peranti
802.11b/g/n bersambung dengan penghala wayarles.
Perkakas yang menyokong 802.11n secara asalanya,
walau bagaimanapun, hanya akan berjalan pada kelajuan
maksimum 54Mbps.
7. Pilih saluran operasi untuk penghala wayarles anda. Pilih
Auto
untuk membolehkan penghala wayarles memilih saluran yang
mempunyai jumlah yang paling kurang gangguan secara
automatik.
8. Pilih lebar jalur saluran untuk menyesuaikan kelajuan
penghantaran yang lebih tinggi.
9. Sila pilih kaedah pengesahan.
10.Apabila selesai, klik
Apply (Guna)
.