133
6 Menyelesai Masalah
Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin
hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah
yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di:
https://www.asus.com/support untuk maklumat produk lanjut
dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS.
6.1 Penyelesaian Masalah Asas
Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba
langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian
lanjut.
Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.
1. Lancarkan Web GUI. Pergi ke tab
Advanced Settings (Tetapan
Lanjutan)
>
Administration (Pentadbiran)
>
Firmware
Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar)
. Klik
Check (Periksa)
untuk mengesahkan jika perisian tegar terkini tersedia.
2. Jika perisian tegar tersedia, lawati tapak web global ASUS di
https://www.asus.com/Networking/ROG-Rapture-GT-AX11000/
HelpDesk_BIOS/ untuk memuat turun perisian tegar terkini.
3. Daripada halaman
Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian
Tegar)
, klik
Browse (Imbas)
untuk mencari fail perisian tegar.
4. Klik
Upload (Muat Naik)
untuk menaik taraf perisian tegar.
Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut:
1. Matikan modem.
2. Cabut keluar palam.
3. Matikan penghala dan komputer.
4. Palamkan modem.
5. Hidupkan modem dan tunggu selama 2 minit.
6. Hidupkan penghala dan tunggu selama 2 minit.
7. Hidupkan komputer.