90
4.5.6 DDNS
Menyediakan DDNS (DNS Dinamik) membolehkan anda
mengakses penghala daripada luar rangkaian anda melalui
Perkhidmatan DDNS ASUS atau perkhidmatan DDNS lain.
Untuk menyediakan DDNS:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab
Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan)
>
WAN
>
DDNS
.
2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik
Apply (Guna)
.
•
Mendayakan Klien DDNS
: Dayakan DDNS untuk mengakses
penghala ASUS melalui nama DNS dan bukannya alamat IP
WAN.
•
Pelayan dan Nama Hos
: Pilih DDNS ASUS atau DDNS lain.
Jika anda ingin menggunakan DDNS ASUS, isi Nam Hos
dalam format xxx.asuscomm.com (xxx adalah nama hos
anda).
•
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan DDNS berbeza,
klik CUBAAN PERCUMA dan mendaftar dalam talian dahulu.
Isi Nama Pengguna atau Alamat E-mel dan Kata Laluan atau
medan Kunci DDNS.
•
Mendayakan kad bebas
: Dayakan kad bebas jika
perkhidmatan DDNS anda memerlukan satu.