11
1.5 Keperluan Penyediaan
Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua
komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut:
•
Port Ethernet RJ-45 (LAN)(10Base-T/100Base-TX/1000Base-TX)
• Keupayaan wayarles IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax
• Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang
• Penyemak imbas Web seperti Microsoft Internet Explorer,
Firefox, Safari, atau Google Chrome
NOTA:
• Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina
dalam, pasang penyesuai IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax WLAN pada
komputer anda untuk menyambung kepada rangkaian.
• Dengan teknologi tiga jalur, penghala wayarles anda menyokong
isyarat wayarles 2.4GHz, 5GHz-1 dan 5GHz-2 secara serentak.
Ini membenarkan anda untuk melakukan aktiviti berkaitan
Internet seperti melayari Interet atau membaca/menulis mesej
e-mel menggunakan jalur 2.4GHz sementara secara serentak
strim fail audio/video berdefinisi tinggi seperti filam atau muzik
menggunakan jalur 5GHz.
• Beberapa peranti IEEE 802.11n yang anda ingin sambung ke
rangkaian anda mungkin menyokong atau tidak menyokong jalur
5GHz. Rujuk manual peranti untuk spesifikasi.
• Kabel Ethernet RJ-45 yang digunakan untuk menyambungkan
peranti rangkaian tidak boleh melebihi 100 meter.
PENTING!
• Sesetengah penyesuai wayarles mungkin menghadapi masalah
penyambungan ke AP Wi-Fi 802.11ax.
• Jika anda mengalami masalah sedemikian, sila pastikan anda
mengemas kini pemacu ke versi terkini. Semak laman sokongan
rasmi pengeluar anda di mana pemacu perisian, kemas kini dan
maklumat lain yang berkaitan boleh diperoleh.
• Realtek:
https://www.realtek.com/en/downloads
• Mediatek:
https://www.mediatek.com/products/connectivity-
and-networking/broadband-wifi
• Intel:
https://downloadcenter.intel.com/